Hi, Guest
Write your review here. Tell us what you thought about it.

OK
8 KEHEBATAN AMALAN BERSELAWAT
8 KEHEBATAN AMALAN BERSELAWAT

8 Kehebatan Amalan Berselawat

Selawat menurut dari segi bahasa bermakna, doa, rahmat daripada Allah S.W.T dan memberi keberkatan.

Dari segi syarak pula adalah mengakui kerasulan Nabi, memohon kepada Allah memberi keutamaan, kemuliaan, dan mengakui serta mengikuti kebenaran ajaran baginda S.A.W.Amalan berselawat ini amat dituntut dalam kehidupan kita seharian. Allah S.W.T dan para malaikat turut berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W.

Di mana pula kita sebagai umat baginda? Lebih-lebih lagi sewajarnya patut berselawat kepada baginda.Sesungguhnya berselawat bukan satu amalan yang merugikan. Malah, ia membawa seribu kebaikan dan kelebihan kepada yang sering mengungkapkan selawat.

Apakah kelebihan dan kehebatan selawat itu? 

1- Sekali Berselawat 10 Kali Pahala

Daripada Abu Hurairah R.A, Nabi S.A.W bersabda:“Orang yang berselawat ke atas aku sekali, Allah berselawat ke atasnya sepuluh kali.”Riwayat Imam Muslim

Hanya sekali kita berselawat, Allah akan berselawat kepada kita sebanyak sepuluh kali. Dahsyat bukan? Makna Allah S.W.T berselawat kepada kita adalah Allah S.W.T memberi rahmat kepada kita yang berselawat kepada Nabi S.A.W. Sesungguhnya rahmat Allah yang amat diharapkan dalam kehidupan ini. Tidak dapat melawan nilai dunia dan isinya.

2- Diampunkan Dosa Dan Diangkat Darjat

Daripada Sayyidina Anas bin Malik r.a. berkata: Nabi S.A.W bersabda“Sesiapa yang berselawat ke atasku sekali selawat, Allah akan berselawat(memberi rahmat) atasnya 10 selawat(rahmat), dihapuskan 10 kesalahan(dosa) daripadanya dan diangkatkan 10 darjat untuknya.”Riwayat an-Nasa’i

Kita hamba yang tidak terlepas dari melakukan dosa. Allah memberi peluang kepada kita dengan menghapuskan dosa kecil melalui amalan berselawat kepada Nabi S.A.W. Sekali disebut, 10 dosa Allah ampunkan. Bukan itu sahaja, Allah mengangkat darjat hambaNya yang sering berselawat kepada Nabi S.A.W. Sungguh, terbuktilah amalan berselawat banyak kebaikannya.

3- Mendapat Syafaat Di Hari Kiamat

Daripada Sayyidina Abu ad-Darda’ r.a., Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud;“Sesiapa yang berselawat ke atasku pada waktu pagi sebanyak 10 kali dan pada waktu petang sebanyak 10 kali, dia akan mendapat syafaatku pada hari kiamat.”Riwayat ath-Thabrani

Syafaat Nabi S.A.W antara pertolongan paling besar ketika manusia sedang terkapai-kapai inginkan bantuan di padang mahsyar nanti. Ketika insan lain tidak mampu membantu kita. Tidak kira, ibu, ayah, kakak, abang, sebaik dan serapat mana orang lain dengan kita di atas muka bumi, belum pasti dapat menolong kita di hari akhirat nanti.

4- Mendapat Kebahagiaan Hidup Dengan berselawat

Allah akan menganugerahkan seseorang itu kebahagiaan dan ketenangan hidup di dunia dan di akhirat.Hati yang gelisah akan menjadi tenang dan tenteram. Hilanglah segala kekusutan dan kecelaruan hati apabila selawat sering diamalkan.Kebahagiaan dan ketenangan adalah anugerah yang sangat agung kerana setiap manusia inginkannya. Dan untuk mendapatkannya adalah melalui jalan selawat. Jom berselawat!

5- Dipermudahkan Urusan Hidup Allah

akan memudahkan urusan kehidupan kita dengan kita memperbanyakkan berselawat kepada Nabi S.A.W.Jika sesuatu urusan itu berat untuk dilakukan, hati tidak cepat mengalah dan dapat melakukan dengan hati yang tenang. Tidak cepat marah. Tidak mudah diserang stress.Inshaa Allah, semuanya atas kehendak Allah S.W.T. Yakinlah dan beramallah secara berterusan. Semoga urusan hidup terasa ringan dan tidak lagi berat.

6- Dimakbulkan Segala Hajat

Ali bin Abu Talib R.A berkata;“Doa seseorang itu terdinding(terhalang) sehinggalah dia berselawat ke atas Rasulullah dan ahli keluarganya.”

Dengan berselawat, doa kita menjadi lebih lengkap dan sempurna. Antara syarat doa dimakbulkan Allah seperti yang digariskan oleh para ulama adalah dengan disertakan bacaan selawat. Ayuh, jangan lupa sertakan dengan berselawat kepada Nabi S.A.W di awal permulaan doa dan di pengakhiran doa kita.

7- Dihilangkan Perasaan Dukacita Berselawat

dapat menyembuhkan perasaan sedih di dada. Dihilangkan duka cita yang melanda. Perbanyakkan berselawat membuatkan perasaan sedih dan duka cita tidak menjadi berat. Dada tidak terlalu sebak menghadapi kedukaan. Ia menguatkan batin yang sedang lemah. Membangkitkan perasaan yang sedang rebah. Berselawatlah, moga hilang duka citamu.

8- Berselawat Membawa Jalan Ke Syurga

Kita sebagai umat akhir zaman dan umat Nabi Muhammad S.A.W tersangatlah beruntung kerana dikurniakan dengan amalan selawat. Amalannya mudah dan tidak sampai beberapa saat sahaja. Dalam seminit, dapat berselawat berpuluh kali. Ganjarannya pula berganda. Subhanaallah, kasih Allah kepada hambaNya.Janganlah disiakan sahaja waktu tanpa berselawat. Jangan rugikan saat keseorangan tanpa ada alunan selawat. Antara jalan ke syurga adalah dengan memperbanyakkan berselawat kepada Nabi S.A.W. Jangan jadi bakhil seperti yang disebut di dalam hadis.

Daripada Ali bin Abu Talib r.a.,Nabi S.A.W bersabda;“Orang yang bakhil ialah orang yang mendengar namaku disebut tetapi tidak berselawat ke atasku.”Riwayat al-Tirmizi Allahumma solli ala Muhammad.

Maryam Khadijah
Loyalty Programme
Become a member
With more ways to unlock exciting perks, this is your all access pass to exclusive rewards and benefits.
Already have an account? Sign in
Points
Earn more Points for different actions, and turn those Points into awesome rewards!
Ways to earn
Sorry, this item is out of stock.
This item has been saved to your wishlist.



View My Wishlist Continue Shopping