KELEBIHAN BERPUASA PADA HARI ASYURA (10 MUHARRAM)
KELEBIHAN BERPUASA PADA HARI ASYURA (10 MUHARRAM)

Dari Abu Qatadah, seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah tentang puasa ‘Asyura, maka kata Baginda, maksudnya, “aku berharap ke atas Allah agar ia dapat mengampunkan dosa setahun yang berlalu. (HR Muslim, 1162)

Terbuktilah bahawa amalan berpuasa pada hari ‘Asyura’ atau 10 Muharram merupakan sunnah Nabi. Selain itu, dianjurkan juga berpuasa pada 9 Muharram berdasarkan hadis:

Maksudnya: Ketika Rasulullah berpuasa pada hari Asyura dan menyuruh orang ramai berpuasa, maka para sahabat bertanya: Ya Rasulullah! ‘Asyura adalah hari yang diagung-agungkan oleh orang-orang Yahudi dan Nasrani. Maka baginda bersabda: Jika datang tahun hadapan kita akan berpuasa pada hari Tasu’a (hari ke-9 di bulan Muharam). (HR Muslim 1916) 

Cara berpuasa pada 10 Muharram

Disunatkan untuk berpuasa pada 10 Muharram seperti yang terdapat di dalam hadis.Kata Imam Syafie sunat juga berpuasa pada 9 Muharram kerana Baginda Rasulullah berniat untuk berpuasa pada tahun yang akan datang dengan berpuasa 9 dan 10 Muharram.

Dibenarkan berpuasa bagi mereka yang ingin puasa pada 10 Muharram sahaja. Yang paling baik adalah 9 dan 10 Muharram. Ini kerana kata Imam Nawawi puasa pada 9 Muharram adalah untuk membezakan puasa orang Yahudi yang turut berpuasa pada 10 Muharram. Semoga ganjaran yang begitu besar yang telah disediakan Allah kepada kita sama-sama kita kerjakan.

MaryamKhadijah
Loyalty Programme
Become a member
With more ways to unlock exciting perks, this is your all access pass to exclusive rewards and benefits.
Already have an account? Sign in
Points
Earn more Points for different actions, and turn those Points into awesome rewards!
Ways to earn
Sorry, this item is out of stock.
This item has been saved to your wishlist.



View My Wishlist Continue Shopping