Hi, Guest
Write your review here. Tell us what you thought about it.

OK
APA ITU UMRAH ?
APA ITU UMRAH ?

Selain Haji ramai yang mengambil peluang untuk mengerjakan umrah. Umrah, merujuk kepada menziarahi Baitullah di Mekah dan melakukan ihram, tawaf, sa’i dan bertahallul mengikut tertib. 

Allah SWT berfirman:Dan sempurnakanlah ibadat Haji dan Umrah kerana Allah (Al-Baqarah 196).

Sabda Nabi yang diriwayatkan Ibnu Majah, Al-Baihaqi dan sanad yang sahih daripada Aisyah r.a. katanya:Aku berkata : “Wahai Rasulullah,apakah wanita wajib berjihad?”. Sabda Baginda: “Ya, jihad yang tiada peperangan padanya iaitu haji dan umrah”. Bagi mereka yang berpeluang ke kota suci Mekah, pastinya ingin mendapat umrah yang mabrur.

Tip persediaan melakukan Umrah

1.Merancang Kewangan

Selain memperuntukkan sejumlah wang untuk urusan pembelian tiket kapal terbang, pakej umrah dan belanja sepanjang di Mekah, apa kata anda simpan sedikit wang anda untuk sedekah, waqaf atau bantuan. Pelbagai cara boleh anda lakukan untuk bersedekah atau memberi bantuan. Misalnya, memberi kepada pekerja yang membersihkan sekitar Masjid Nabawi dan Masjidil Haram.Anda juga boleh memberi sumbangan seperti keperluan umrah, seperti menghulurkan belanja untuk penyediaan makanan kepada jemaah, atau pun memberi duit kepada pengemis. Begitu juga ada yang memilih untuk mewaqafkan Al-Quran untuk diletakkan di Masjid Nabawi atau Masjidil Haram. Sama ada atas nama anda sendiri, atau ahli keluarga, anda akan memperolehi pahala dari mereka yang membaca Al-Quran tersebut

2.Niat Umrah

Permulaan rukun umrah adalah berihram serta niat. Adalah disyorkan supaya jemaah umrah memakai pakaian ihram terus di lapangan terbang untuk mengelakkan kesulitan.

Apabila berihram, anda perlu mengikut perkara-perkara yang dilarang dilakukan seperti memakai pakaian berjahit, bercukur dan gunting rambut, melakukan persetubuhan dan bernikah.Niat umrah seperti berikut: 

3.Melengkapkan Dokumen Penting

Untuk anda yang bakal mengerjakan umrah atau haji, terlebih dahulu anda perlu memohon visa. Visa umrah ialah dokumen rasmi  yang dikeluarkan oleh Kedutaan Besar Arab Saudi dengan tempoh terhad 30 hari mengikut kesesuaian program pakej yang diajukan kepada Penyelenggara Umrah Arab Saudi dari sesebuah agensi umrah.Untuk memohon visa umrah, anda perlu mempunyai pasport antarabangsa yang masih sah laku enam bulan dari tarikh penerbangan, empat keping gambar berukuran 4cm x 6cm, buku suntikan Meningitis ACW135 dan salinan dokumen mahram

4.Belajar Solat Jenazah

Seorang wanita berkongsi pengalamannya menunaikan ibadah umrah, di mana dia turut menyertai solat jenazah selepas menunaikan solat fardhu berjemaah. Tahukah anda bahawa besar ganjarannya untuk anda mengikuti solat jenazah, apatah lagi di masjid yang paling berkat ini.

Rukun Solat Jenazah:Niat Solat Jenazah:“Sahaja aku solat ke atas jenazah lelaki/perempuan ini empat kali takbir fardhu kifayah menjadi makmum kerana Allah Taala.”Berdiri tegak tanpa rukuk dan sujud, serta tiada azan dan iqamah sebelum memulakan solat.Takbir empat kali termasuk takbiratulihram.Membaza Al-Fatihah selepas takbir pertama.Selawat ke atas Nabi selepas takbir kedua.Berdoa untuk kenazah selepas takbir ketiga.Memberi salam selepas takbir keempat.

5.Mantapkan Ilmu Umrah

Terdapat lima rukun umrah yang anda perlu lakukan dengan tertib, sekiranya anda tertinggal dengan sengaja atau sebaliknya, maka ibadah umrah anda menjadi tidak sah.

- Berniat ihram paling afdal adalah berniat di Miqat,

tetapi anda boleh lakukannya sebelum melepasinya.Terdapat 5 miqat bagi ihram haji dan umrah iaitu Zulhulaifah, Yalamlam, Qarnul Manazil, Al-Juhfah dan Zatu Irqin.Niat ihram seperti yang dinyatakan dibawah ini.

- Tawaf

Perbuatan mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh kali dengan lapan syarat wajib.Menutup aurat seperti dalam solat.Suci daripada hadas.Dimulakan pada sudut Hajarul Aswad.Memastikan Baitullah berada di sebelah kiri bahu.Berjalan dengan tujuan tawaf.Cukup keliling dengan yakin.Tawaf dilakukan di dalam masjid dan di luar bahagian Kaabah.

- Saie

Berjalan ulang-alik di antara Bukit Safa dengan Marwah dengan jarak lebih kurang 420 meter, dan dilakukan selepas siap tawaf.

Tujuh syarat saie:Dimulakan selepas tawaf.Bermula dari Bukit Safa hingga Bukit Marwah.Cukup tujuh kali dengan yakin.Bersaie sehingga sampai ke penghujung tempat saie di Bukit Safa dan Bukit Marwah pada setiap kali.Bersaie di tempat yang ditentukan.Mengekalkan niat untuk bersaie sepanjang melakukan saie.

- Bergunting/Bercukur

Perbuatan ini sebagai syarat melepaskan diri daripada pantang-larang ihram.Sekurang-kurangnya menggunting tiga helai rambut.

- Tertib

Jemaah wajib melakukan rukun Umrah ikut turutan. Sekiranya anda tidak mengikuti tertib, maka tidak sah Umrah anda.

6.Dapatkan Panduan Yang Lengkap

Mungkin ada di antara anda baru pertama kali menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan ibadah umrah.Rajinkan diri anda untuk menghadiri kelas atau kursus berkaitan umrah, membaca atau melakukan carian di Internet, berkenaan ibadah ini.

7.Jaga Perilaku

Ini penting apatah lagi anda berada di Tanah Suci Mekah. Maka perlu anda para jemaah menjaga kehormatan diri, agama dan tempat itu sendiri.Antara persiapan rohani yang anda boleh lakukan adalah:Memperbaiki kualiti solat dan kerap mengunjungi masjid.Melakukan solat-solat sunat.Belajar bersabar dan redha.Menjaga tutur kata.Sentiasa bersangka baik.Memperbanyakkan membaca sirah nabi.

8.Belajar Untuk Khusyuk Dalam Solat

Mungkin ada di antara kita sukar memperolehi kekusyukan di dalam solat kerana banyak gangguan dari segi fikiran, masa yang terhad dan tekanan.Ada beberapa cara yang anda boleh lakukan untuk mendapatkan kekusyukan dalam solat:Sentiasa solat tepat pada waktunya.Membersihkan diri dan bersugi.Jangan solat jika makanan telah tersedia.Jangan solat jika anda berasa hendak membuang air kecil atau besar.Memakai pakaian bersih dan kemas.Tidak kenyang berlebihan ketika hendak solat

9.Peka Keadaan Sekeliling

Dalam usaha anda mahu mendapatkan umrah mabrur, mungkin wujudnya gangguan dari persekitaran anda. Misalnya, apabila mengunjungi masjid yang sesak dipenuhi ramai orang untuk menunaikan ibadah, anda diingatkan untuk sentiasa menjaga barangan peribadi anda.Malah ada juga di antara kita gemar mengambil dan berkongsi gambar peribadi sepanjang berada di Kota Mekah dan Madinah. Jauhkan dari perasaan riak atau hendak menunjuk-nunjuk.  Semoga anda mendapat umrah mabrur jika anda berpeluang untuk pergi ke sana.

Maryam Khadijah
Loyalty Programme
Become a member
With more ways to unlock exciting perks, this is your all access pass to exclusive rewards and benefits.
Already have an account? Sign in
Points
Earn more Points for different actions, and turn those Points into awesome rewards!
Ways to earn
Sorry, this item is out of stock.
This item has been saved to your wishlist.



View My Wishlist Continue Shopping