Hi, Guest
Write your review here. Tell us what you thought about it.

OK
Apakah Itu Adab dan Akhlak Dalam Islam?
Apakah Itu Adab dan Akhlak Dalam Islam?

APAKAH ITU ADAB DAN AKHLAK DALAM ISLAM?

Adab berasal dari perkataan Arab iaitu أدب yang memberi maksud perilaku dan perbuatan kebaikan, kesantunan, moral, sopan santun, kesusilaan, serta kemanusiaan. Sementara tafsiran skop dan perincian Adab mungkin berbeza dalam kebudayaan yang berlainan, kesamaan yang terdapat dalam tafsiran-tafsiran ini adalah penilaian keperibadian seseorang melalui kepatuhannya terhadap beberapa konteks. Justeru seseorang itu menunjukkan Adab dengan mempamerkan kelakuan dan kepandaian membuat pilihan yang betul.

Manakala, perkataan Akhlak berasal daripada perkataan أَخْلاَقٌ iaitu kata jama' daripada perkataan خُلُقٌ bererti tabiat,kelakuan, perangai, dan tingkahlaku, adat kebiasaan, malah ia juga berarti agama itu sendiri. 

Antara definisi akhlak menurut istilah ialah sifat yang tertanam di dalam diri yang dapat mengeluarkan sesuatu perbuatan dengan senang dan mudah tanpa pemikiran, penelitian dan paksaan.

Ibn Miskawaih, ahli falsafah Islam yang terkenal mentakrifkan akhlak itu sebagai keadaan jiwa yang mendorong ke arah melahirkan perbuatan tanpa pemikiran dan penelitian.

Matlamat Asas Kehidupan Manusia:

Mentauhidkan Allah serta mengabdikan diri kepadaNya selaras dengan kehendak syarak.

Mematuhi dan menjadikan apa yang telah digariskan oleh Allah didalam Al-Quran dan As-Sunnah sebagai garis panduan hidup.

Memakmurkan bumi serta mempertingkatkan kehidupan manusia ke tahap yang paling tinggi selaras dengan pemuliaan Allah kepada manusia.


Perbezaan Antara Akhlak & Etika

1) Akhlak merupakan perilaku berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah manakala etika bermaksud sistem tingkahlaku manusia berdasarkan perundangan atau peraturan yang diciptakan oleh manusia.

2) Akhlak mempunyai daya kekudusan dalam melakukannya manakala etika dilakukan kerana peraturan atau keadaan masyarakat berkehendakkan sedemikian dan bukanlah lahir dari keikhlasan semata-mata.

3) Matlamat daripada akhlak yang baik adalah untuk mencapai kebahagiaan didunia dan akhirat manakala etika bermatlamat untuk mendapatkan keuntungan dan mengelakkan daripada kerugian.

4) Prinsip akhlak dalam Islam adalah tetap dan tidak berubah2 semenjak dari zaman Rasulullah sehingga hari kiamat manakala etika berdasarkan pemikiran dan pandangan manusia sentiasa berubah mengikut tempat dan masa.

5)  Akhlak yang baik memberi kesan yang mendalam kepada seluruh kehidupan seseorang dari segi mental, fizikal dan rohani manakala etika member kesan kepada satu keadaan sahaja kerana ia berdasarkan logik akal semata-mata dan bukannya atas pegangan akidah.


  • Kredit: The Force of Destiny

 

Maryam Khadijah
Loyalty Programme
Become a member
With more ways to unlock exciting perks, this is your all access pass to exclusive rewards and benefits.
Already have an account? Sign in
Points
Earn more Points for different actions, and turn those Points into awesome rewards!
Ways to earn
Sorry, this item is out of stock.
This item has been saved to your wishlist.



View My Wishlist Continue Shopping