Hi, Guest
Write your review here. Tell us what you thought about it.

OK
7 TIPS BERSEDEKAH
7 TIPS BERSEDEKAH

 7 TIPS YANG MUDAH UNTUK BERSEDEKAH

Sedekah sebenarnya mempunyai maksud yang cukup luas dalm Islam. Secara mudahnya, ia didefinisikan sebagai pemberian oleh seseorang kepada orang lain yang memerlukan dengan tujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. sama ada pemberian itu ditujukan kepada  fakir miskin, sanak-saudara, mahupun untuk kepentingan fi sabilillah. Agama kita menggalakkan umatnya supaya hidup saling tolong-menolong dan bantu-membantu kearah kebaikan dan ketaqwaan kerana dengan berbuat demikian boleh menimbulkan perasaan hormat-menghormati, kasih-mengasihi dan sayang-menyayangi antara satu sama lain. Salah satu cara untuk kita melaksanakan konsep tolong-menolong dan bantu-membantu adalah dengan bersedekah iaitu menolong orang yang susah dan yang memerlukan bantuan. 

Semakin hari, semakin memberi ia semangat bertambah. Kehidupan manusia lebih indah jika ia sentiasa memberi. Tidak perlu kedekut untuk memberi sedekah kepada orang yang memerlukan. Lebih banyak memberi, lebih lagi Allah permurahkan rezekimu. Haa mai Kak M nak share beberapa tips untuk korang cara mudah nak bersedekah. Senang ja nak bersedekah ni, kanak-kanak pun InsyaAllah boleh buat. Lepas dah tahu tips bersedekah ni boleh la buat dan share dengan keluarga serta rakan-rakan korang.

7 tips yang mudah untuk bersedekah: 

1. Letakkan segelas air atau makanan untuk burung-burung yang datang hinggap dan letakkan nasi bersama ikan serta air untuk kucing-kucing da haiwan yang datang akan makan.

2. Jika mengisi minyak kenderaan atau membeli apa-apa makanan di gerai, bersedekahlah sedikit baki daripada bayaran kepada petugas atau peniaga tersebut. 

3. Sedekahlah Al-Quran atau surah-surah Yasin dan letakkan di dalam masjid serta surau untuk dibaca oleh orang ramai. Bayangkan banyaknya pahala yang akan dapat apabila orang membaca A-Quran tersebut. 

4. Hadiahkan senyuman pada setiap hari untuk setiap orang yang kita jumpa. Jangan kedekutkan senyuman kerana senyuman iti adalah sedekah. 

5. Sebelum tidur, maafkan semua orang yang telah menyakitkan hati kita walaupun kesalahannya besar.

6. Sedekahkan al-Fatihah kepada ahli keluarga atau sahabat handai yang telah meninggal dunia. 

7. Berikanlah perasaan gembira kepada semua orang, khususnya kepada mereka yang sedang ditimpa kesedihan, dengan senyuman dan ucapan doa yang ikhlas. 

 

Sebenarnya banyak lagi tips yang Kak M nak sharekan untuk korang semua amalan tentang bersedekah ini. Ini baru sebahagian tips yang boleh diamalkan. Kalau ada lagi tips amalan bersedekah yang lain, korang semua dialu-alukan untuk tinggalkan komen ye. Jangan lupa, Sharing is Loving. 

Maryam Khadijah
Loyalty Programme
Become a member
With more ways to unlock exciting perks, this is your all access pass to exclusive rewards and benefits.
Already have an account? Sign in
Points
Earn more Points for different actions, and turn those Points into awesome rewards!
Ways to earn
Sorry, this item is out of stock.
This item has been saved to your wishlist.



View My Wishlist Continue Shopping