AMALAN YANG DIANJURKAN UNTUK MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA
Alhamdulillah tinggal lagi 11 hari untuk kita menyambut Hari Raya Aidiladha. Harini Kak M ingin kongsikan amalan yang dianjurkan bagi menyambut hari raya Aidiladha ini. Kedatangan 10 Zulhijjah yang penuh kerahmatan, hendaklah disambut dengan berbanyak kesyukuran kerana berjaya melaksanakan ibadat haji, dan bagi mereka yang tidak mengerjakan haji, mereka telah berjaya menunaikan puasa dari 1 – 9 Zulhijjah. Ibadah haji menuntut keikhlasan dan pengorbanan jiwa raga mahupun harta benda, menuntut kesatuan umat dan saling berinteraksi dalam kesatuan Muslimin yang teguh.
Nabi Muhammad SAW bersabda: “Tidak ada hari-hari yang lebih disukai oleh Allah di kala Dia disembah daripada sepuluh Zulhijjah.” (Hadis riwayat Abu Hurairah).
Hukum melaksanakan ibadah korban adalah sunat muakkad bagi individu yang berkemampuan sebagai mensyukuri nikmat dan mengharapkan keampunan Allah SWT. Ia membolehkan mereka yang berkemampuan berkongsi rezeki dengan golongan yang kurang berkemampuan.
Antara amalan yang dianjurkan bagi menyambut Hari Raya Korban (Hari Raya Aidiladha) adalah :
SEBELUM 10 ZULHIJJAH
1- Memperbanyakkan takbir dan tahmid kepada Allah
.2- Memperbanyakkan amalan sunat pada malam hari raya Aidiladha.Membaca al-Quran,Qiyamullail dan bertahajjud,Bertaubat memohon keampunan,Berzikir mengagungkan Allah SWT yang memberikan nikmat dalam kehidupan.
3- Bersederhana dalam persiapan menyambut raya bagi mengelakkan pembaziran.
PAGI 10 ZULHIJJAH
1-Mandi sunat Aidiladha pada pagi harinya.
2- Memakai pakaian baru dan bersih sebagai tanda syukur kepada Allah.
3- Memakai haruman dan wangian yang menyenangkan.
4- Memohon keampunan dan bermaaf-maafan sesama ahli keluarga.
5- Sunat menjamah makan-minum selepas selesai solat Aidiladha.
6- Menggunakan jalan berbeza sewaktu pergi dan pulang dari masjid.
7- Lebih afdal dengan berjalan kaki jika masjid tidak terlalu jauh.
8- Bertakbir, tahmid dan tahlil bermula dari malam 10 Zulhijjah hingga terbenam matahari pada 13 Zulhijjah (Takbir Muqayyad).
9- Bersolat sunat hari raya dan mendengar khutbah penuh penghayatan.
10- Ziarah menziarahi kaum keluarga, jiran tetangga, dan sahabat handai.
11- Bersedekah kepada mereka yang memerlukan.
12- Elakkan sambutan hari raya daripada perkara yang ditegah syarak.
*Niat Mandi Sunat Hari Raya Aidiladha:
"نَوَيْتُ الْغُسْلَ مِنْ يَوْمِ عِيدِ اْلاَضْحَى سُنَّةً لِلَّهِ تَعَالَى“
Daku berniat mandi sunat Aidiladha kerana Allah Ta’ala”Insyallah sama2 kita amalkan dan sentiasa bersyukur dengan nikmat yang Allah bagi ?