Hi, Guest
Write your review here. Tell us what you thought about it.

OK
FADILAT SOLAT SUNAT DHUHA
FADILAT SOLAT SUNAT DHUHA

FADILAT SOLAT SUNAT DHUHA

Solat sunat Dhuha antara amalan sunat yang tidak pernah ditinggalkan oleh Rasulullah s.a.w.Sangat banyak kelebihannya.Solat sunat Dhuha boleh dilaksanakan 2, 4, 6, 8 atau 12 rakaat.

5 kelebihan solat sunat Dhuha:-

1) Sebagai Sedekah Yang Tak Disedari.

Daripada Abi Zar r.a, bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda:“Pada pagi hari, setiap sendi salah seorang daripada kamu memerlukan kepada sedekah. Maka setiap tasbih (Subhanallah) itu adalah sedekah, setiap tahmid (Alhamdulillah) itu adalah sedekah, setiap takbir (Allahuakbar) itu adalah sedekah, menyuruh berbuat perkara yang baik adalah sedekah, melarang daripada perkara yang mungkar adalah sedekah. Dan semua itu cukup (bersedekah kepada semua sendi itu) dengan dua rakaat yang telah didirikan oleh seseorang itu daripada solat dhuha.”(Hadis Riwayat Muslim).

2) Diampunkan dosa walau seperti buih di lautan

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:“Barangsiapa yang menjaga sembahyang dhuhaNya, nescaya diampuni Allah baginya aku segala dosanya walaupun seperti buih di lautan.”(Riwayat Ibnu Majah dan at-Tirmidzi).

3) Dibangunkan rumah di syurga

Sabda Nabi SAW;“Barangsiapa yang solat dhuha sebanyak empat rakaat dan empat rakaat sebelumnya, maka ia akan dibangunkan sebuah rumah di syurga.”(al-Jami’: 634).

4) Sentiasa dicukupkan rezeki

Nu‘aim bin Hammar bahawa ia berkata,“Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda; Allah berfirman, ‘Wahai anak Adam, janganlah kamu berasa lemah untuk beribadah kepada-Ku dengan cara mengerjakan solat empat rakaat di awal waktu siangmu, nescaya akan Aku cukupkan untukmu di akhir harimu.”(Hadis Riwayat Abu Dawud).

5) Mendapat pahala seperti menunaikan umrah

Daripada Abu Umamah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda,“Barangsiapa yang keluar dari rumahnya dalam keadaan bersuci untuk melaksanakan solat wajib, maka pahalanya seperti seorang yang melaksanakan haji. Barangsiapa yang keluar untuk melaksanakan solat Dhuha, maka pahalanya seperti orang yang melaksanakan umrah.”(Sahih al-Targhib: 673) 

Kredit: Ustaz Hanafi Malek

Maryam Khadijah
Loyalty Programme
Become a member
With more ways to unlock exciting perks, this is your all access pass to exclusive rewards and benefits.
Already have an account? Sign in
Points
Earn more Points for different actions, and turn those Points into awesome rewards!
Ways to earn
Sorry, this item is out of stock.
This item has been saved to your wishlist.



View My Wishlist Continue Shopping