
15 Amalan Yang Wanita Boleh Lakukan Ketika Haid & Nifas
15 Amalan Yang Wanita Boleh Lakukan Ketika Haid & Nifas
Sebenarnya meskipun kita wanita berada dalam keadaan haid dan nifas, wanita tetap boleh melakukan beberapa amalan bagi mendekatkan diri padaNya sekaligus memperolehi ganjaran pahala sepanjang tempoh tersebut.Seperti yang kita tahu, didalam tempoh tidak suci ini wanita dilarang sama sekali untuk mengerjakan beberapa ibadat seperti solat fardhu dan sunat serta tidak boleh berpuasa pada masa ini juga dilarang bersetubuh bagi wanita yang telah berkahwin. Oleh demikian pasti timbul rasa ingin tahu tentang apa perkara yang wanita boleh dilakukan sepanjang ‘tempoh cuti’ tersebut.Berikut adalah beberapa perkara yang wanita boleh lakukan bagi mengisi kekosongan didalam hati.Mendengar Bacaan Al-QuranOleh kerana Wanita yang sedang haid tidak boleh membaca al-quran, gantikan bacaan al-quran yang dipasang di radio atau pemain mp3.Membaca Tafsir Al-QuranKaji dan cuba fahami isi al-quran melalui terjemahannya.Mengulang Tafsir Al-QuranSekiranya ada surah-surah dari al-quran yang sudah dihafal, anda boleh menggunakan masa ini untuk mengulang hafalan. BerzikirBasahkan lidah dengan zikir seperti bertahlil, bertahmid, bertasbih dan sebagainya.Membaca Al-Ma’thuratBaca al-ma’thutrat dengan niat untuk berzikirBerselawatRajinkan berselawat kepada Nabi.BertaubatGunakan masa ini untuk memperbanyakkan istighfar, memohon keampunan dari Allah.BerdoaBanyakkan berdoa sama ada doa itu termasuk dalam Al-Quran atau tidak.Membaca Buku AgamaTambahkan ilmu pengetahuan dengan membaca buku-buku agama.Hadir Ke Majlis IlmuTambahkan ilmu dengan mendengar ceramah, atau mendengar ceramah melalui televisyen dan youtube.Menyampaikan DakwahTurut serta dalam menyebarkan dakwah. Gunakan masa ini untuk menyampaikan atau berkongsi ilmu agama walaupun dengan ahli keluarga.Muhasabah DiriAmbil sedikit masa untuk mengingati semua kekurangan diri, mensyukuri pemberian Allah SWT, memikirkan bahagian yang perlu diperbaiki.Memperelokkan AkhlakElokkan akhlak dengan suami, ibu bapa, dan mereka yang berada di sekeliling. Jadikan ini ruang untuk berbakti kepada keluarga terutama ibu bapa.Beramal KebajikanMudahkan hati untuk bersedekah atau membantu mereka yang memerlukan.Cuci TelekungIni adalah masa untuk mencuci telekung sebelum menggunakannya semula selepas anda mandi wajib.Islam bersikap adil terhadap wanita. Walapun beberapa ibadat diharamkan, wanita Islam yang sedang dalam haid terlepas daripada pelbagai label yang memalukan. Semoga info yang Kak M kongsi ini bermanfaat untuk korang semua.