ADAB BERGAUL DENGAN MANUSIA

ADAB BERGAUL DENGAN MANUSIA

Selain menjaga hubungan dengan Allah, manusia juga perlu menjaga hubungan sesama manusia. Seorang muslim yang baik dari segi mental dan fizikal sangat dituntut untuk bergaul dengan masyarakat dan yang menjadi kepentingan dalam pergaulan adalah akhlak yang mulia kerana akhlak yang mulia itu adalah cerminan kesempurnaan iman seseorang muslim. Menjaga hubungan sesama manusia bukan sahaja terhadap orang masih hidup akan tetapi terhadap orang telah meninggal dunia juga sepatutnya dijaga dengan baik di atas dasar pengorbanan dan jasa-jasa orang itu.Antara adab terhadap manusia adalah:Adab terhadap Ibu bapaIbu bapa yang paling banyak berkorban dan memberi kita kasih sayang dari kecil sehingga dewasa. Ibu mengandungkan kita selama 9 bulan dan menyusukan kita. Manakala, bapa sibuk mencari nafkah dalam membesarkan kita dengan adik beradik yang lain, dalam mendidik kita sehingga kini dan begitulah rutin harian mereka. Antara cara kita dapat berbakti kepada ibu bapa:hormat dan taat kepada kedua orang tua kita, selama perintah dari ibu dan bapa kita tidak bertentangan dengan ajaran agama dan undang-undang.Jangan menyakiti hati kedua orang tua kita, baik dengan sikap, ucapan, dan perilaku.Membantu kedua orang tua kita, mengikut kemampuan terutama merawat keduanya ketika usia telah lanjut.Mendoakan kedua orang tua agar sentiasa memperoleh keampunan serta rahmat dari Allah SWT.2.  Adab terhadap guruTingkah laku di sekolah juga harus dijaga kerana banyak orang yang melihat sikap kita di sekolah antaranya guru yang merupakan tenaga pengajar dalam institusi pembelajaran terutama sekali dengan rakan- rakan di sekolah.Guru mengajarkan pelbagai ilmu pengetahuan dan pendidikan, ibu bapa kita tidak mendapat kesempatan yang luas untuk menguasai semua bidang pengetahuan yang ada, hanya bidang tertentu saja. Sebab kita disuruh oleh ibu bapa ke sekolah agar memperoleh pelajaran dan pendidikan sesuai dengan kita.3. Adab terhadap keluarga dan saudaraDalam institusi kekeluargaan harus dijaga hubungan yang baik agar menjadi lebih harmoni dan sikap toleransi dalam keluarga dipupuk demi mengelakkan perbalahan dan perpecahan dengan sanak saudara. Sanak saudara adalah orang yang paling hampir dengan ibu bapa kita dan sangat perlu dijaga hubungan.Saudara merupakan orang yang sangat penting untuk menghulurkan bantuan ketika dalam kesusahan dan keistimewaan perhubungan itu mesti dijaga dengan baik. Cara kita menghormati ahli keluarga dan saudara:Menyayangi saudara dan keluarga kitaMembantu saudara dan keluarga kita yang memerlukan bantuanMenjenguk jika sakitMenolong ketika mengalami kesulitanTolong-menolong dalam hal kebaikan4.  Adab terhadap jiran tetanggaJiran tetangga juga masyarakat yang berada di sekeliling kita dan hubungan dengan jiran amat perlu dipupuk agar kesejahteraan jiran tetangga itu wujud. Jiran juga merupakan orang yang duduk di sekeliling rumah kita dan merupakan orang terdekat untuk meminta bantuan dan sebagainya selain daripada sanak saudara yang duduk berjauhan.Antara adab-adab jiran:Hendaklah mendahulukan ucapan salam kepadanya setiap kali bertemuJangan terlalu banyak bertanya kepadanya tentang keadaannya setiap hariMenziarahi dirinya atau kaum keluarganya apabila sakit ataupun ditimpa musibahTunjukkan bahawa kita turut berdukacita dan bersimpati jika mereka ditimpa musibah dan bersegera memberikan pertolongan jika perlu sekalipun tanpa dimintaMenyatakan perasaan gembira apabila mereka memperoleh kesenangan atau kurniaan Allah SWT5. Adab terhadap tetamuTetamu merupakan orang yang perlu kita bagi penghormatan dan menjaga ikatan silaturahim dengannya kerana menerima tetamu adalah salah satu tuntutan dalam Islam. Tetamu juga dikatakan sebagai rezeki dan kurniaan daripada Allah. Antara adab melayan tetamu:Pastikan bilangan tetamu yang dijemput mengikut kemampuan dan dilayan sama rataMenerima tetamu dengan wajah yang ceria dan senyumanMenyambut tetamu dengan pakaian yang bersih dan wangiMenjamu makanan terbaik dan sesuai kepada tetamuMenjaga percakapan dan tingkah laku ketika bersama tetamu
Back to blog