CARA MENDIDIK ANAK DALAM ISLAM

CARA MENDIDIK ANAK DALAM ISLAM

Cara Mendidik Anak Dalam Islam

Anak-anak adalah amanah Allah. Perlu dijaga, dididik dengan ilmu kebaikan dengan sebaiknya. Dalam hal ini, anak-anak boleh kita ibaratkan seperti kain putih, ibu bapa khususnya yang perlu mencorakkannya kea rah kebaikan. Kalau tidak dijaga, dididik dengan sebaiknya maka masa depan mereka di dunia dan akhirat mungkin menjadi sia-sia.

Sangat penting untuk ibu bapa dalam memainkan peranan mereka. Hal ini kerana pertumbuhan anak-anak semuanya bermula dari rumah dan ibu bapalah yang perlu memantau segala aktiviti anak-anak. Hindari kehidupan seharian anak-anak dengan perkara- perkara yang negatif yang menyumbang kepada kelakuan anak yang tidak baik pada masa akan datang.

 

1. Ibu Bapa Perlu Pamer Sikap & Sifat Murni

Setiap anak dilahirkan dalam fitrah, bermaksud suci. Anak-anak yang lahir pada zaman dulu tak lebih baik daripada anak-anak yang lahir zaman sekarang. Semuanya sama sahaja. Bila zaman lahir itu tak tentukan masa depan anak-anak kita.

Jadi yang paling mengesani pembesaran dan peribadi anak-anak ialah ibubapa sendiri. Guru yang terbaik bagi anak-anak kita, ialah diri kita sendiri. Kalau ibu dan bapa tak bersedia, maka wajib bagi ibu dan bapa itu untuk pergi belajar dan kuasai ilmu agama sebaiknya, untuk diajarkan kepada anak-anaknya dirumah. Dengan itu barulah lepas tanggungjawabnya keatas anak-anaknya.

2. Didik Anak Tentang Kebersihan Diri

Ibu bapa adalah role-model kepada anak-anak mengenai kebersihan

Amalan asas kebersihan adalah seperti membasuh tangan sebelum dan selepas makan dengan menggunakan sabun, menutup mulut semasa batuk atau bersin dan mandi tiga kali sehari.

3. Didik Anak Tentang Ajaran Islam

Rasulullah SAW bersabda: ‚ÄúAnak itu ibarat seperti kain putih, ibu bapalah yang akan mencorakkannya menjadi Nasrani, Yahudi ataupun Majusi.‚ÄĚ (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Hadis tersebut tidak menyebut Islam, selain Nasrani, Yahudi dan Majusi. Ini kerana fitrah anak yang dilahirkan adalah Islam.

Oleh itu peranan ibu bapa sangat penting dalam mendidik anak untuk menjadi baik atau sebaliknya. Apabila anak kita beriman dan menjadi muslim / muslimah mereka akan :

  • Disenangi ahli keluarga, sahabat, rakan dan masyarakat

  • Lebih berakhlak¬† dengan cara memuliakan kita (ibu bapa)

  • Menjadi anak-anak yang soleh,dan bertaqwa kepada Allah

  • Tahu menghargai masa dengan melakukan perkara-perkara yang berfaedah

  • Menjadi manusia yang beragama dan sanggup berjuang mempertahankan agama

4. Didik Anak Kenal Allah & Rasulullah

Ingatkan mereka selalu, bahawa setiap apa yang mereka buat adalah dilihat oleh Allah, ditulis oleh malaikat, dan setiap perbuatan baik kecil atau besar, akan dibalas oleh Allah setimpalnya.

Ini juga perlu ditunjukkan pada diri ibu bapa kerana kanak-kanak lebih cepat meniru dengan contoh di hadapan mereka.

5. Didik Anak Solat Bersama

Solat adalah tiang agama. Jadi perkara ini sangat dititikberatkan oleh ibu bapa.

Untuk membina keterikatan anak agar solat tanpa disuruh, ia perlu bermula berperingkat peringkat dan dipupuk dari dalam.

Mulakan dengan sentiasa solat di depan anak, solat bersama, menghormati waktu solat dan menguruskan anak berdasarkan waktu solat. Secara tidak langsung anak-anak akan melihat solat adalah tanggungjawab yang wajib dilaksanakan tanpa apa jua keadaan.

6. Didik Anak Berpuasa di bulan Ramadhan

Bukan mudah melatih anak kecil untuk mula berpuasa seperti orang dewasa. Dari segi fizikalnya, mereka ini tidak berpengalaman dan masih belum cukup memahami tentang kewajipan berpuasa secara mendalam.

Ajar anak berpuasa secara berperingkat mengikut kadar kemampuan mereka. Mulakan seawal yang boleh agar mereka dapat berpuasa penuh setelah baligh.

7. Didik Anak Memilih Kawan

‚ÄúSeorang mukmin itu berada diatas agama (gaya hidup dan perilaku) sahabatnya, Maka perhatikanlah dengan siapa kamu bersahabat‚ÄĚ (Termizi dan Abu Daud).

Daripada hadis ini, ternyata kawan dan persekitaran juga akan mempengaruhi anak. Maka ibu bapa perlu cakna dan berikan panduan kepada anak-anak untuk memilih kawan mereka.

Kesimpulan

Membesarkan anak dalam islam memerlukan perhatian dan didikan penuh daripada ibu bapa. Ini kerana anak menjadi batu asas generasi seterusnya dan mereka suatu hari nanti juga akan berkeluarga.

Ciptalah keluarga bahagia berlandaskan tunjuk ajar islam agar kita sebagai ibu bapa dan membesarkan anak kita dalam islam.

Kredit: aqiqahcentre
https://aqiqahcentre.com/7-cara-mendidik-anak-dalam-islam/

Back to blog