FADILAT SOLAT SUNAT DHUHA
Solat sunat Dhuha antara amalan sunat yang tidak pernah ditinggalkan oleh Rasulullah s.a.w.Sangat banyak kelebihannya.Solat sunat Dhuha boleh dilaksanakan 2, 4, 6, 8 atau 12 rakaat.
5 kelebihan solat sunat Dhuha:-
1) Sebagai Sedekah Yang Tak Disedari.
Daripada Abi Zar r.a, bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda:āPada pagi hari, setiap sendi salah seorang daripada kamu memerlukan kepada sedekah. Maka setiap tasbih (Subhanallah) itu adalah sedekah, setiap tahmid (Alhamdulillah) itu adalah sedekah, setiap takbir (Allahuakbar) itu adalah sedekah, menyuruh berbuat perkara yang baik adalah sedekah, melarang daripada perkara yang mungkar adalah sedekah. Dan semua itu cukup (bersedekah kepada semua sendi itu) dengan dua rakaat yang telah didirikan oleh seseorang itu daripada solat dhuha.ā(Hadis Riwayat Muslim).
2) Diampunkan dosa walau seperti buih di lautan
Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:āBarangsiapa yang menjaga sembahyang dhuhaNya, nescaya diampuni Allah baginya aku segala dosanya walaupun seperti buih di lautan.ā(Riwayat Ibnu Majah dan at-Tirmidzi).
3) Dibangunkan rumah di syurga
Sabda Nabi SAW;āBarangsiapa yang solat dhuha sebanyak empat rakaat dan empat rakaat sebelumnya, maka ia akan dibangunkan sebuah rumah di syurga.ā(al-Jamiā: 634).
4) Sentiasa dicukupkan rezeki
Nuāaim bin Hammar bahawa ia berkata,āAku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda; Allah berfirman, āWahai anak Adam, janganlah kamu berasa lemah untuk beribadah kepada-Ku dengan cara mengerjakan solat empat rakaat di awal waktu siangmu, nescaya akan Aku cukupkan untukmu di akhir harimu.ā(Hadis Riwayat Abu Dawud).
5) Mendapat pahala seperti menunaikan umrah
Daripada Abu Umamah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda,āBarangsiapa yang keluar dari rumahnya dalam keadaan bersuci untuk melaksanakan solat wajib, maka pahalanya seperti seorang yang melaksanakan haji. Barangsiapa yang keluar untuk melaksanakan solat Dhuha, maka pahalanya seperti orang yang melaksanakan umrah.ā(Sahih al-Targhib: 673)Ā
Kredit: Ustaz Hanafi Malek