KELEBIHAN DAN AMALAN PADA MALAM NISFU SYAABAN

KELEBIHAN DAN AMALAN PADA MALAM NISFU SYAABAN

Malam Nisfu Syaaban adalah dari perkataan nisfu yang bermaksud separuh (Nisf).

Oleh itu,nisfu syaaban bermaksud separuh daripada Bulan Syaban, iaitu pada malam ke-15.

Daripada Mu'az bin Jabal RA, bahawa Nabi SAW bersabda:ย 

" Allah SWT melihat makhluk-Nya pada malam nisfu Syaaban kemudian mengampunkan semua makhluk-Nya kecuali orang yang syirik dan juga orang yang bermusuhan".ย [Sahih Ibn Hibban, no. Hadith 5665]

Pendapat Imam Al-Syafiee berkaitan malam nisfu Syaaban:ย 

"Doa mustajab adalah pada 5 malam, iaitu malam Jumaat, malam al-Adha, malam al-Fitri, malam awal bulan Rejab, dan malam nisfu Syaaban".ย  (Lihat: al-Um 1:264)

Malam Nisfu Syaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat.Banyak kelebihan malam nisfu syaban, antaranya malam ini adalah terbukanya pintu langit dan malam dimakbulkan doa.

Daripada Abu Musa al-Asyโ€™ari RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

ุฅูู†ูŽู‘ ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูŽ ู„ูŽูŠูŽุทูŽู‘ู„ูุนู ูููŠ ู„ูŽูŠู’ู„ูŽุฉู ุงู„ู†ูู‘ุตู’ูู ู…ูู†ู’ ุดูŽุนู’ุจูŽุงู†ูŽ ููŽูŠูŽุบู’ููุฑู ู„ูุฌูŽู…ููŠุนู ุฎูŽู„ู’ู‚ูู‡ู ุฅูู„ูŽู‘ุง ู„ูู…ูุดู’ุฑููƒู ุฃูŽูˆู’ ู…ูุดูŽุงุญูู†ู

โ€œSesungguhnya Allah SWT melihat pada malam nisfu Syaโ€™ban kemudian mengampunkan semua makhluk-Nya kecuali orang yang syirik dan juga orang yang bermusuhanโ€. [Riwayat Ibn Majah, no. Hadith 1380]

Justeru, wajarlah kita sebagai umat Islam merebut peluang yang Allah SWT kurniakan kepada kita dengan memperbanyakkan amalan bermanfaat seperti:

  • Melakukan puasa sunat, solat sunat dan qiyamullail
  • Memohon keampunan daripada Allah SWT dengan cara beristighfar, berselawat dan berzikir
  • Saling maaf memaafkan antara satu sama lain
  • Membaca al-Quran dan bersedekah
  • Mengukuhkan hubungan silaturahim sesama umat Islam
  • Mengusahakan perdamaian dan penyatuan antara kita
  • Menjalinkan hubungan silaturahim dengan orang bukan Islam
  • Beristiqamah dalam melaksanakan amal ibadah dan kebajikan

Daripada Anas bin Malik, sabda Nabi Muhammad SAW:

ูƒูŽุงู†ูŽ ุงู„ู†ูŽู‘ุจููŠูู‘ ุตูŽู„ูŽู‘ู‰ ุงู„ู„ู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ูŽู‘ู…ูŽ ุฅูุฐูŽุง ุฏูŽุฎูŽู„ูŽ ุฑูŽุฌูŽุจูŒุŒ ู‚ูŽุงู„ูŽ: ุงู„ู„ู‡ูู…ูŽู‘ ุจูŽุงุฑููƒู’ ู„ูŽู†ูŽุง ูููŠ ุฑูŽุฌูŽุจู ูˆูŽุดูŽุนู’ุจูŽุงู†ูŽุŒ ูˆูŽุจูŽุงุฑููƒู’ ู„ูŽู†ูŽุง ูููŠ ุฑูŽู…ูŽุถูŽุงู†ูŽ

Maksudnya: โ€œNabi Muhammad SAW apabila memasuki bulan Rejab, beliau berdoa โ€˜Ya Allah, berkatilah kami di bulan Rejab dan Syaaban, dan berkatilah kami di bulan Ramadan.โ€

Kredit: Badra, e-Central

Back to blog