Dhuha bermaksud āpagi hariā atau āpanas sinar hariā. Waktu inilah manusia-manusia semua berkejar-kejaran keluar untuk mencari rezeki. Namun disebalik waktu ini Allah sebenarnya menyaran untuk meninggalkan ākejar-kejaranā itu dan menunaikan solat sunat Dhuha.Ā Waktunya adalah dari matahari naik setinggi segalah sehingga tergelincirnya matahari (masuk waktu Zohor).
Solat sunat Dhuha adalah solat bagi orang-orang yang mahu ākembaliā. Kembali ke mana?
Rasulullah S.A.W pernah bersabda yang bermaksud : āSolat Dhuha itu adalah ( solatul awwabin ) solat orang yang kembali kepada Allah, setelah orang mulai lupa dan sibuk bekerja, iaitu pada waktu anak-anak unta mula bangun kerana mulai panas tempat pembaringannya.ā(HR Muslim)Ā
Berikut adalah antara āhadiah-hadiahā yang dijanjikan Allah kepada sesiapa yang jatuh cinta dengan solat Dhuha dan mengamalkannya.Ā Ā
1. Dicukupkan Rezeki
Allah S.W.T menjamin rezeki yang cukup kepada hambanya yang mempunyai masa untuk solat Dhuha. Diriwayatkan daripada Nuāaim bin Hammar bahawa ia berkata, āAku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda; Allah berfirman, āWahai anak Adam, janganlah kamu berasa lemah untuk beribadah kepada-Ku dengan cara mengerjakan solat empat rakaat di awal waktu siangmu, nescaya akan Aku cukupkan untukmu di akhir harimu.ā (Hadis Riwayat Abu Dawud)
Ā
Ā 2. Rumah Di Syurga
Rasulullah S.A.W memberi motivasi kepada orang yang rajin memperuntukkan sedikit waktu paginya untuk Solat Dhuha dengan sabda baginda, āBarangsiapa yang solat dhuha sebanyak empat rakaat dan empat rakaat sebelumnya, maka ia akan dibangunkan sebuah rumah di syurga.ā (Sahih al-Jamiā: 634)
Ā
3. Nilai Seperti Bersedekah
Sesungguhnya di dalam badan kita ini terdapat 360 sendi pinjaman Allah. Sendi inilah yang membolehkan kita bekerja dan menjalani kehidupan. Maka sendi-sendi ini ada hak-haknya yang perlu kita langsaikan.
Dari Abu Dzar, dari Rasulullah S.A.W beliau bersabda : āDi setiap pagi ada kewajipan sedekah ke atas setiap sendi dari salah seorang kalian. Setiap tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, setiap takbir adalah sedekah, amar makruf nahi mungkar adalah sedekah. Dan dapat memadai untuk semua itu dua rakaat yang dilakukan pada waktu Dhuhaā( Hadis Riwayat Muslim )Ā
Ā
4. Diampunkan Dosa Terdahulu
Sesungguhnya Allah amat rindu pada hambanya yang ingin menyucikan dosa. Sebanyak mana dosa yang kita lakukan, pintu keampunan Allah tidak pernah tertutup. Solat Dhuha adalah antara pintu ampunan yang disediakan oleh Allah.
Rasulullah S.A.W berkongsi kelebihan solat Dhuha yang kita lakukan di dalam sabdanya : āBarangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih di lautan.ā (Hadis Riwayat Ibnu Majah dan at-Tirmidzi)Ā
Ā
5. Memperoleh Keuntungan Besar(Ghanimah)
Dikisahkan bahawa Rasulullah S.A.W mengutus tentera Islam berperang melawan musuh Allah. Dengan izin Allah, tentera Islam menang dan mendapat harta rampasan yang banyak. Orang ramai bercerita singkatnya peperangan itu dan banyaknya harta rampasan perang yang diperoleh. Kemudian Rasulullah S.A.W menjelaskan bahawa ada yang lebih utama dan lebih mudah memperoleh kemenangan dan harta rampasan yang banyak iaitu shalat Dhuha.
Rasulullah S.A.W bersabda : āBarangsiapa yang berwudhuk, kemudian masuk ke dalam masjid untuk melakukan solat dhuha, dialah yang paling dekat tujuanannya (tempat perangnya), lebih banyak ghanimahnya dan lebih cepat kembalinya.ā(Sahih al-Targhib : 666)Ā
Ā