KENANGAN AIDILFITRI 2021

KENANGAN AIDILFITRI 2021

KENANGAN AIDILFITRI 2021

Di pagi subuh yang hening, hatiku terusik mengenangkan keluarga di kampung halaman... Terpetik lagu raya pula. Kak M nak simpan kenangan aidilfitri 2021 di blog Maryam Khadijah ini. Raya dalam suasana PKP 3.0 ni, raya sesama ahli keluarga dan  terdekat saja. Pujuk hati, meriahkan diri, makan juadah masak sendiri, bergelak ketawa sesama sendiri dengan suami dan anak-anak. Meriah juga, meriah di hati sendiri saja lah...!

Lagi beberapa hari nak berpuasa pada tahun ni, baru Kak M nak imbau kisah raya tahun lepas. Punyalah tak ada hati nak berasa raya tahun lepas kerana berjauhan dengan keluarga dikampung. Tapi mesti nak ada kenangan juga. Kenangan aidilfitri 2021 ini bukan boleh di ulang lagi. Itu sajalah kenangan yang akan di bawa sampai mati. Jadi, dalam suasana PKP 3.0 ini raya tetap di raikan walau hanya meriah di hati sendiri sahaja.  Sedondon baju raya adalah kemestian untuk kami sekeluarga. Mesti ambil gambar beramai-ramai sekeluarga untuk kenangan anak cucu untuk kemudian hari nanti.

Tema baju raya tahun lepas iaitu aidilfitri 2021 adalah nude. Meriah Kak M sekeluarga ber OOTD raya. Korang nak tahu tak? Kak M dan sekeluarga bergambar bukan pada hari pagi raya tapi pada petang raya. Sebab buat bergambar pada petang raya sebab suami Kak M baru pulang ke rumah waktu tengah hari kerana terpaksa bertugas pada malam raya sehingga pagi raya. Apa nak buat, sudah kerjanya macam itu. Bekerja di hari raya sudah jadi rutin en. suami.

Itu kira frontliners juga kan! haha! Sejak menjelang PKP 3.0, juadah ketupat, lemang dan rendang Kak M buat sendiri. Ya laa, raya dirumah saja kan. Segan nak buat banyak2. Takut nanti tak habis membazir pulakk. Tahun lepas Kak M buat 10 batang lemang menggunakan 3kg beras pulut susu dan juga buat rendang daging dalam 2kg daging. Selepas tu suami agih-agihkan kepada teman sekerja dan juga saudara mara jika ada lebihan. Rendang daging tak cukup, Kak M masak lagi rendang ayam pada pagi raya pertama.

 Selain itu, ada juadah iringan seperti biasa iaitu nasi impit, kuah kacang dan lontong. Kuih raya dan biskut anak-anak buatkan. Tak ada beli kuih raya yang tunjuk-tunjuk tu. Buat pun tak banyak jenis. Kak M buat kuih yang mudah dibuat dan kegemaran anak-anak saja iaitu semperit susu, tart nenas, almond london, cornflakes madu, biskut mazola, kuih kapit, kuih siput dan rempeyek. Sekadar nak mencari kemeriahan suasana hari raya tu.  

Suasana PKP 3.0 di hari raya manalah seronoknya. Sudahlah tak boleh balik kampung, jemput tetamu berhari raya pun perlu dihadkan. Nak pergi ziarah rumah saudara-mara berhari raya pun tak dapat. Ingatkan pada awalnya bercadang juga nak berhari raya ke rumah ipar duai yang berdekatan dan jemput juga mereka kerumah. Dah la tak boleh rentas negeri, berhari raya sendiri sajalah dengan anak-anak. Gitulah....! Buat panggilan ke kampung halaman, lagilah sedih dengan drama airmata mak ayah. Katanya "kami ni dah tua, dah tak lama lagi dah. Tak dapatlah hampa balik jenguk kami ni, yer!". Sedih sangat, berambu-rambu air mata Kak M keluar.

Apa nak di kata, dah tak boleh buat apa dek kerana Covid-19 ni. Kena hadap juga kesedihan yang berpanjangan ni. Moga Covid-19 ini akan segera berlalu. Waktu tak ada Covid 19, sebulan hari raya  tu sangat meriah dengan rumah terbuka sana sini. Sekarang, suasana hari raya pun cepat berlalu pergi. Satu perkara yang tinggal adalah suasana PKP 3.0 dengan slogan 'Jaga SOP'. Covid 19 telah menyerang kesana dan kesini dengan kes yang terus meningkat kemungkinan akan ada 'Total Lockdown'. Kena hadaplah dengan tabah....! Tinggal kenangan aidilfitri 2021 dengan harapan aidilfitri 2022 akan lebih meriah kerana Malaysia akan berada di fasa endemik. Dapat balik kampung jumpa mak dan ayah dan ber OOTD di kampung halaman seperti tahun-tahun sebelum Covid-19 menjelma. Semoga musibah akan segera berlalu.... Aaminnnn! 

Apa kenangan aidilfitri 2021 korang? Sama macam Kak M jugak ke? Korang kongsi la diruangan komen di bawah. Kak M boleh baca kenangan raya 2021 korang nanti.

Back to blog