Kuih-muih merupakan antara juadah yang disediakan semasa rumah terbuka. Malah terdapat beberapa kuih-muih tradisional yang kekal sehingga kini disediakan di rumah terbuka. Meskipun telah banyak kuih yang telah diberi sentuhan moden namun masih ramai yang lebih gemarkan kuih tradisional. Oleh sebab itu juga masih ramai yang mencari-cari resepi kuih tradisional atau orang yang menjual kuih tradisional.
Kak M senaraikan beberapa kuih-muih tradisional yang boleh disediakan rumah terbuka.
1.Kuih Bingka
Kuih bewarna hijau muda atau kuning air yang mungkin kelihatan tidak menarik berbanding pencuci mulut yang moden. Namun, pencuci mulut yang diperbuat daripada ubi kayu diperisa dengan kastard pandan. Kuih ini juga dikenali dengan nama yang cukup kontroversi iaitu kek Kasanova.Ā Kenapa? Mungkin disebabkan sesiapa yang makan kuih ini akan tergila-gilakannya.
2. Kuih Kosui
Kuih Kosui atau apa yang orang di negeri-negeri utara panggil iaitu kuih lompang. Ia merupakan kuih kenyalĀ dengan parut kelapa diletakkan di atasnya dengan saiz yang comel. Kuih ini juga dikenali sebagai Koh Swee diperbuat daripada tepung beras dengan kanji ubi. Kuih ini kebanyakkannya digemari oleh kanak-kanak berbanding orang tua kerana tekstur yang kenyal
3. Kuih Cakar Ayam
Kuih cakar ayam ini bukanlah kuih yang dibiarkan terdedah dan ayam mencakarnya. Oh, tidak... Itu kuih tak bersih namanya. Kuih ini diberi nama sebegitu kerana teknik pembuatannya yang unik.Kuih ini disediakan menggunakanĀ hirisan ubi keledek bersira gula. Malangnya, kuih iniĀ agak sukar ditemui kerana ramai yang tidak memilikiĀ kemahiran pembuatan kuih yang tinggi dan sanggup ātahan panasā ketika menggoreng dan membentuknya.
4. Putu Piring
Bagi anak-anak jati Pulau Pinang dan Melaka, anda pasti sudah cukup kenal dengan kuih bernama putu piring ini. Bagi yang tidak biasa makan ataupun lihat kuih ini, pasti anda sedang bayangkan putu mayam lebihan yang dijadikan kuih. Tidak, tidakā¦Buang fikiran mengarut itu jauh-jauh.Kuih putu mayam datang daripada nama puttu dalam bahasa Tamil-Kerala yang membawa maksud nasi yang dikukus. Putu ini istimewa kerana berintikan gula melaka cair dan kelapa parut. Memang sedap sangat dimakan ketika musim hujan kesunyian di dalam pejabat sementara menanti waktu pulang.
5.Lempeng Kelapa
Lempeng kelapaĀ yang juga dikenali sebagai lempeng nyoq dalam kalangan orangĀ UtaraĀ merupakan sejenis snek oleh orang Melayu. Makanan ini menggunakan adunan sama seperti penkek Inggeris tetapi adunan tepungnya digaul bersama isi kelapa parut.Ā Lempeng kelapa banyak dijadikan hidangan sarapan oleh orang Melayu Pantai Timur, terutamanya diĀ TerengganuĀ dan Kelantan. Hidangan ini juga sesuai dimakan untuk waktu minum petang dan minum malam bersama kopi panas.