Cara pemakanan yang diamalkan oleh Rasulullah SAW merupakan satu cara yang patut dicontohi. Pemakanan yang diambil oleh Rasulullah SAW sangatlah mementingkan kesihatan.Dalam al-Quran juga ada menyatakan bahawa makanlah makanan yang halal dan janganlah mengambil makanan yang sudah dilarang oleh agama. Apabila berada dalam keadaan darurat sahaja barulah dibenarkan untuk mengambil apa sahaja makanan yang ada dihadapan kita untuk meneruskan kelangsungan hidup.Amalan pemakanan yang salah boleh mendorong kepada pelbagai penyakit. Oleh itu, setiap individu perlu tahu apa yang mereka ambil atau perlukan dalam badan
Sunnah ini sememangnya diikuti oleh masyarakat Islam. Ia menjadi tunjang utama dalam kehidupan seharian mereka. Banyak makanan yang diamalkan oleh Rasulullah SAW.Makanan yang dimakan oleh Rasulullah itulah yang dinamakan makanan Sunnah. Kita tidak dipaksa untuk makan makanan Sunnah, tetapi digalakkan makannya.Zaman kini, ramai individu yang tidak mengamalkan pemakanan yang sihat. Banyak makanan yang sihat dan berkhasiat yang diamalkan oleh Rasulullah SAW.
Sini Kak M nak sharekan sikit makanan sunnah yang mudah kita amalakan.....
1. Madu
Madu merupakan makanan yang mengandungi banyak zat yang baik untuk badan. Madu ini merupakan makanan yang dihasilkan oleh lebah. Antara komponen yang dapat membawa kebaikan kepada badan ialah enzim, vitamin, mineral, kandungan air dan pinocembrin. Pinocembrin ialah bahan antioksida yang dapat membantu fungsi otak. Madu bukan sahaja makanan yang diamalkan oleh Rasulullah SAW, malah madu juga sering disebut dalam al-Quran. Madu ini juga telah disebut sebagai antara penawar untuk pelbagai peyakit.
2. Kurma
Kurma semamangnya tidak asing lagi kepada umat Islam. Setiap kali tibanya bulan Ramadan, kurma dijadikan sebagai pembuka selera untuk berbuka puasa.Buah kurma ini memiliki banyak kebaikan. Kurma memiliki mineral, vitamin, serat dan antioksida yang baik untuk fungsi badan. Selain itu, buah kurma ini juga telah menjadi salah satu makanan yang dapat menggantikan makanan diet. Ini menunjukkan bahawa kurma ini membawa banyak faedah.Kurma juga dapat menguatkan tenaga batin, tulang, mengawal berat badan dan juga dapat menjadi pengawal untuk sistem saraf.Buah kurma sesuai untuk semua lapisan masyarakat termasuk bagi golongan wanita yang mengandung.
3. Buah Tin
Buah tin juga ada disebutkan dalam al-Quran. Ini menunjukkan betapa pentingnya buah tin ini kepada umat Islam. Kenapa buah tin ini disebutkan dalam al-Quran? Buah tin ini mengandungi kandungan vitamin, mineral, serat dan antioksida yang tinggi. Buah tin ini seakan-akan buah kurma. Kemanisan dan kelembutannya sering digunakan sebagai pengganti gula. Buah tin yang telah diproses biasanya dijadikan pai, pudding, kek, jem, jeli, jeruk dan pelbagai lagiApabila kandungan yang ada dalam buah tin ini lengkap dan sempurna, maka badan kita dapat berfungsi dengan keadaan yang optimum.
4. Habbatus Sauda
Habatus sauda ini juga makanan yang tidak asing lagi daripada umat Islam. Kebayakkan umat Islam mengamalkan habatus sauda ini dalam makanan harian meraka.Habatus sauda ini terkenal dengan kebolehannya kepada sistem imunisasi badan dan juga dapat melawan penyakit dalam badan. Selain itu, Orang yang ambil 2000mg-3000mg sehari lebih cepat kurus berbanding mereka yang tidak ambil. Bersifat anti jangkitan. Jadi HS dapat cegah benda benda yang berjangkit. Kajian sebut efektif lawan Gram-negative, Gram-positive bacteria, viruses, parasites, Schistosoma dan fungi.
5. Air Zam-Zam
Air zam-zam ini juga tidak asing lagi daripada umat Islam. Hal ini dikatakan air ini dapat mengubatkan pelbagai jenis penyakit dengan izin Allah.Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya air zam-zam adalah air yang diberkati, air tersebut adalah makanan yang mengenyangkan”.Air zam-zam ini bukan sahaja boleh diminum, malah boleh juga dijadikan sebagai air wuduk. Air zam-zam ini tidak boleh dibuang di buang merata-rata sebagai menghormati kesuciannya
6. Buah Delima
Buah delima ini juga banyak disebut dalam al-Quran. Ini menunjukkan bahawa buah delima ini sangat penting kepada umat Islam.Buah delima ini mengandungi antioksida yang dapat membantu daripada sakit jantung dan mampu mengembalikan tekanan darah pada paras yang normal.
7. Susu kambing
Kambing ini tidak asing juga bagi agama Islam kerana Rasulullah SAW merupakan seorang pengembala kambing. Ini menunjukkan bahawa kambing memberi manfaat kepada masyarakat.Susu kambing ini dapat membantu mana-mana individu yang mengalami masalah asma, reumatik, demam kuning, imsomnia dan menguatkan tulang.Menurut kajian, susu kambing ini adalah lebih baik daripada susu lembu dan seakan-akan menyamai kebaikan susu ibu.
8. Barli
Barli ini juga pernah diamalkan oleh Rasululah SAW. Baginda menjadikan barli sebagai sup dan berikan kepada orang demam.Kebaikan barli adalah untuk memberi kesejukkan kepada badan. Barli juga dapat mengurangkan kolestrol, melancarkan proses membuang air kecil dan membantu memulihkan masalah sembelit.