Menurut sebuah hadis: โSesiapa yang berpuasa Ramadhan, kemudian di ikuti dengan 6 hari puasa di bulan Syawal pula, samalah seperti dia berpuasa sepanjang tahunโ (Riwayat Muslim Ahmad Abu Daud Al Tarmizi Ibnu Majah).
Di sana juga terdapat perbincangan mengenai keharusan menggabungkan niat puasa qadha dengan enam hari di Bulan Syawal. Para ulamak ada menghuraikannya seperti Imam Bujairimi di dalam Hasyiah al Bujairimi, Imam Ibn Hajar al-Haitami di dalamย Fatawa al Kubro,ย Imam Romli di dalamย Fatawanya,ย dan banyak lagi.
Antaranya di dalamย Hasyiah Syarqawi;โMenurut Imam Syarqawi adalah sah menggabungkan puasa sunat 6 Syawal dengan puasa qadaโ Ramadan tetapi seseorang itu tidak akan mendapat pahala penuh seperti jika seseorang itu berpuasa sunat 6 Syawal berasingan dengan puasa qadaโ. Ini kerana penggabungan dua puasa tersebut tidak bertepatan dengan Hadis yang menyebut:โKemudian dia mengikuti (selepas puasa Ramadan) dengan 6 hari di bulan Syawal.โโIaitu puasa sunat dan Nabi S.A.W tidak menyebut puasa sunat dan qadaโ bahkan Baginda hanya menyebut puasa sunat.โKesimpulan daripada tulisan-tulisan mereka mendapati bahawa puasa itu sah, iaitu dibolehkan untuk menggabungkan niat. Cuma yang lebih afdhal ialah mengasingkannya. Iaitu mengasingkan puasa enam dan puasa qadha.
KELEBIHAN PUASA 6 SYAWAL
(1) Berpuasa selama setahun.
Sepertimana Hadis yang dinyatakan di awal tadi, dengan berpuasa enam menjadikan kesemua puasa Ramadan dan juga enam hari pada bulan Syawal menyamai puasa selama setahun;
Nabi S.A.W bersabda;
"ู ููู ุตูุงู ู ุฑูู ูุถูุงูู ุซูู ูู ุฃูุชูุจูุนููู ุณูุชููุง ู ููู ุดููููุงูู ููุงูู ููุตูููุงู ู ุงูุฏููููุฑูโ
Sesiapa yang berpuasa Ramadan kemudian meneruskan dengan enam hari di bulan Syawal sepertinya dia berpuasa selama setahun.โ(Riwayat Imam Muslim)
Bahkan hal ini juga telah dihuraikan oleh Imam Nawawi di dalamย Syarah Muslimย yang telah dinyatakan tadi. Ganjaran berpuasa setahun adalah ganjaran yang luar biasa, apatah lagi dari sudut kemampuan umat akhir zaman.
(2) Pelengkap amalan fardhu.
Puasa enam merupakan puasa sunat yang mempunyai kelebihan yang besar. Kita sentiasa berharap agar amalan-amalan sunat kita boleh menjadi pelengkap kepada amalan-amalan fardhu yang terkurang,
sepertimana Hadis Qudsi:
ุฅููู ุฃููููู ู ุง ูุญุงุณุจู ุงููููุงุณู ุจูู ููู ู ุงูููุงู ุฉู ู ู ุฃุนู ุงูููู ู ุงูุตูููุงุฉ ูุงูู ููููู ุฑุจูููุง ุฌููู ูุนุฒูู ูู ูุงุฆููุชูู ููููู ุฃุนูู ู ุงูุธุฑูุง ูู ุตูุงุฉู ุนุจุฏู ุฃุชู ูููุง ุฃู ููุตููุง ูุฅู ูุงูุช ุชุงู ููุฉู ูุชุจุช ููู ุชุงู ููุฉู ูุฅู ูุงูู ุงูุชูุตู ู ููุง ุดูุฆูุง ูุงูู ุงูุธูุฑูุง ูู ูุนุจุฏู ู ู ุชุทูููุนู ูุฅู ูุงูู ููู ุชุทูููุนู ูุงูู ุฃุชู ูููุง ูุนุจุฏู ูุฑูุถุชูู ู ู ุชุทูููุนูู ุซู ูู ุชุคุฎุฐู ุงูุฃุนู ุงูู ุนููู ุฐุงููู
Sesungguhnya amalan pertama yang dihitung bagi manusia di Hari Kiamat ialah solat. Baginda S.A.W bersabda, Allah S.W.T berfirman kepada para malaikat-Nya sedang Dia lebih mengetahui: Lihatlah pada solat hamba-Ku ini adakah ia telah disempurnakan atau masih ada kurang? Sekiranya sudah sempurna, tulislah sempurna. Sekiranya masih ada kurang, FirmanNya: Lihatlah adakah ada pada hamba-Ku itu amalan-amalan sunat. Sekiranya ada, FirmanNya: Sempurnakanlah bagi hamba-Ku itu amalan fardhunya dengan amalan sunatnya, kemudian dikira amalan-amalan dalam keadaan itu.โ(Riwayat al Hakim)
(3) Menguatkan hubungan dengan Allah S.W.T:
Dalam satu Hadis Qudsi, Allah S.W.T berfirman;
ูู ุง ุชูููุฑููุจู ุฅูููููู ุนูุจุฏู ุจูุดูุกู ุฃุญุจูู ุฅูููููู ู ูู ููุง ุงููุชูุฑูุถูุชููู ุนููููุ ูู ุง ุฒุงูู ุนูุจุฏู ููุชูููุฑููุจู ุฅูููููู ุจูุงููููููุงูููู ุญุชู ุฃูุญูุจููููุ ูุฅุฐุง ุฃูุญูุจูุจูุชููู ููููุชู ุณูู ูุนููู ุงูุฐู ูุณู ุนู ุจููุ ู ุจูุตูุฑููู ุงูุฐู ููุจูุตูุฑู ุจููุ ู ููุฏููู ุงูุชู ููุจูุทูุดู ุจููุงุ ู ุฑูุฌููููู ุงูุชู ููู ูุดูู ุจููุงุ ู ุฅูู ุณุฃููููู ูุฃูุนูุทููููููููุ ูููุฆููู ุงุณูุชูุนูุงุฐูููู ูุฃูุนููุฐููููููโ
Dan tidaklah seorang hamba bertaqarrub (mendekatkan diri dengan beribadah) kepada-Ku dengan sesuatu, yang lebih Aku cintai daripada apa yang telah Ku-wajibkan kepadanya, dan senantiasalah hamba-Ku (konsisten) bertaqarrub kepada-Ku dengan amalan sunnah hingga Aku mencintainya; bila Aku telah mencintainya, maka Aku adalah pendengarnya yang digunakannya untuk mendengar, dan penglihatannya yang digunakannya untuk melihat dan tangannya yang digunakannya untuk memukul dan kakinya yang digunakannya untuk berjalan; jika dia meminta kepada-Ku pasti Aku akan memberikannya, dan jika dia meminta perlindungan kepada-Ku pasti Aku akan melindunginya.โ(Riwayat al Bukhari)
(4) Diganjari syurga.
Sepertimana yang kita ketahui puasa itu meningkatkan takwa seseorang. Ketakwaan inilah menjadi laluan ke syurga sepertimana
Firman-Nya;
ููุณูููู ุงูููุฐูููู ุงุชููููููุง ุฑูุจููููู ู ุฅูููู ุงููุฌููููุฉู ุฒูู ูุฑูุง ุญูุชููู ุฅูุฐูุง ุฌูุงุกููููุง ููููุชูุญูุชู ุฃูุจูููุงุจูููุง ููููุงูู ููููู ู ุฎูุฒูููุชูููุง ุณูููุงู ู ุนูููููููู ู ุทูุจูุชูู ู ููุงุฏูุฎููููููุง ุฎูุงููุฏููููโ
Dan orang-orang yang bertakwa kepada Tuhan mereka akan dibawa ke syurga dengan berbondong-bondong, sehingga apabila mereka sampai ke syurga yang pintu-pintunya sedia terbuka dan penjaga-penjaganya mengalu-alukan mereka dengan kata-kata:โ Salam sejahtera kepada kamu, berbahagialah kamu, maka silalah masuk ke dalam syurga ini dengan keadaan tinggal kekal di dalamnya (mereka pun masuk).โ(az Zumar: 73)
(5) Masuk syurga melalui pintu ar-Rayyan.
Syurga mempunyai beberapa pintu, pintu bagi mereka yang rajin berpuasa ialah pintu ar-Rayyan sepertimana Hadis Nabi S.A.W;
ู ูู ุฃูููููู ุฒูุฌูููู ูู ุณุจููู ุงููููุ ููุฏููู ู ู ุฃุจูุงุจู ุงูุฌูุฉู: ูุง ุนุจุฏู ุงูููู ูุฐุง ุฎูุฑูุ ูู ูู ูุงู ู ู ุฃููู ุงูุตูุงุฉู ุฏูุนููู ู ู ุจุงุจู ุงูุตูุงุฉูุ ูู ูู ูุงู ู ู ุฃููู ุงูุฌูุงุฏู ุฏูุนููู ู ู ุจุงุจู ุงูุฌูุงุฏูุ ูู ูู ูุงู ู ู ุฃููู ุงูุตูุงู ู ุฏูุนููู ู ู ุจุงุจู ุงูุฑูููููุงููุ ูู ูู ูุงู ู ู ุฃููู ุงูุตุฏูุฉู ุฏูุนููู ู ู ุจุงุจู ุงูุตุฏูุฉู . ูุงู ุฃุจู ุจูุฑ ุฑุถู ุงููู ุนูู : ุจุฃุจู ุงูุช ูุฃู ู ูุง ุฑุณูู ุงููู ู ุง ุนูู ู ู ุฏุนู ู ู ุชูู ุงูุฃุจูุงุจ ู ู ุถุฑูุฑุฉ ุ ููู ูุฏุนู ุฃุญุฏ ู ู ุชูู ุงูุฃุจูุงุจ ูููุงุ ูุงู : ูุนู ูุฃุฑุฌู ุชููู ู ููู .โ
Sesiapa yang membelanjakan harta di jalan Allah, dia akan dipanggil daripada pintu syurga: Wahai hamba Allah ini adalah kebaikan untukmu. Sesiapa yang sentiasa mendirikan solat, dipanggil daripada pintu solat. Sesiapa yang berjihad, dipanggil daripada pintu jihad. Sesiapa yang berpuasa, dipanggil daripada pintu ar-Rayyan. Sesiapa yang bersedekah, dipanggil daripada pintu sedekah. Saidina Abu Bakar R.A berkata: Demi ibu dan ayahku wahai Rasulullah S.A.W. Mereka yang dipanggil daripada pintu-pintu tersebut tidak lagi memerlukan kepada apa-apa. Apakah akan ada seseorang yang dipanggil dari semua pintu. Jawab Baginda S.A.W: Ada, aku mengharapkan engkau termasuk di kalangan mereka.โ(Muttafaqun Alaih)