Amalan Rasulullah sebelum tidur menjadi ibadah sunah bagi umat Islam. Beberapa amalan yang beliau terapkan setiap hari memberi nilai positif bagi kesihatan tubuh dan mental, termasuk meningkatkan iman pada Allah SWT. Bagi seorang muslim, alangkah baiknya menyerahkan diri dengan pasrah yang tulus pada Allah SWT menjelang tidur.
Dibawah Kak M kongsikan beberapa amalan Rasulullah sebelum tidur.
1. Berwuduk sebelum tidur
Berwuduk merupakan salah satu amalan Sunnah yang dilakukan oleh Rasulullah sebelum tidur. Menurut Imam Nahrawi, berwudhu sebelum tidur agar tidur tetap dalam keadaan suci dari hadas. Sebab, kematian dapat menghampiri kita bila-bila saja, termasuk ketika tidur.
2.Membaca doa sebelum tidur Amalan sunnah selanjutnya adalah membaca doa sebelum tidur, iaitu:
- Membaca ayat kursi : Membaca Ayat Kursi sebelum tidur memiliki keutamaan iaitu Allah melindungi kita dari gangguan setan hingga pagi harinya.
- Membaca surah pendek : Surah pendek yang dimaksud adalah Al Ikhlas, Al Falaq dan An Nas. Ketiga-tiga surah ini tak pernah lupa diucapkan oleh Rasulullah sebelum tidur.