SURAH-SURAH PENDEK YANG MUDAH DIHAFAL

SURAH-SURAH PENDEK YANG MUDAH DIHAFAL

Solat terawih, yang dikerjakan selepas solat isya’ di bulan Ramadhan tidak hanya dua rakaat. Ada yang mengerjakan 8 rakaat, tetapi ada pula yang sampai 20 rakaat. Tentunya solat yang hukumnya sunah ini akan menjadi lebih sempurna jika dilakukan lengkap dengan rukun dan sunnahnya.Salah satu sunnah dalam solat adalah membaca surah pendek dari Al-Qur'an kerana solat terawih ada banyak rakaat, maka alangkah baiknya kita mempersiapkan sejumlah surah pendek yang boleh dibaca setiap rakaatnya.

Di bawah Kak M senaraikan bebrapa surah yang pendek dan mudah dihafal

1.Surah At-takasur

Surah ini terdiri daripada 8 ayat dan merupakan surah yang ke-102. At-takasur bermaksud bermegah-megahan dan dinamakan At-takasur kerana diambil dari perkataan ‘At-takasur’ yang terdapat dalam ayat pertama surah itu. Surah ini pendek dan mudah dihafal

2. Surah Al-asr

Surah Al-asr mempunyai hanya 3 ayat dan surah yang ke-103. Nama diambil sempena dengan perkataan ‘Al-asr’ dalam ayat pertama surah ini. Melalui surah ini, Allah s.w.t telah bersumpah dengan masa bahawa sesungguhnya manusia mengalami kerugiaan yang besar bila mana mereka tidak memanfaatkan masa dengan baik. Sebaliknya orang yang tidak rugi ialah orang yang beriman dan beramal soleh dengan memanfaatkan masa mereka. Surah ini sangat pendek dan mudah sangat dihafal kerana Cuma ada 3 ayat sahaja

3. Surah Al-humazah

Surah ini mempunyai 9 ayat dan surah yang ke- 104. Al-humazah yang bermaksud pengumpat dan diambil dari ayat pertama surah ini. Surah ini adalah ancaman Allah terhadap orang-orang yang suka mencela dan mengumpat orang lain serta mengumpulkan harta namun tidak menafkahkannya di jalan Allah. Surah ini tidak terlalu panjang atau terlalu pendek tapi masih mudah untuk dihafal.

4. Surah Al-fil

Surah ini mempunyai 5 ayat dan surah yang ke-105. Surah ini menceritakan tentang serangan tentera bergajah yang diketuai oleh Abrahah. Peristiwa serangan ini berlaku sewaktu Nabi Muhammad s.a.w lahir. Allah s.w.t. telah menghantar pertolongan melalui burung Ababil yang telah menghancurkan dan mematikan mereka semua. Setiap ayat dalam surah ini agak pendek dan mungkin tidak perlu diulang baca terlalu banyak kali untuk menghafal.

5. Surah Quraisy

Surah ini terdiri daripada 4 ayat dan merupakan surah yang ke-106. Perkataan ‘Quraisy’ itu merujuk kepada kaum Quraisy iaitu kaum yang mendapat kepercayaan menjaga Ka’abah. Isi kandungan surah ini menerangkan kehidupan orang Quraisy serta kewajipan yang harus mereka penuhi. Dengan ayat yang pendek dalam surah ini maka agak mudah untuk kita menghafal surah ini.

Back to blog