SURAH-SURAH UNTUK AMALAN HARIAN

SURAH-SURAH UNTUK AMALAN HARIAN

Al-Qur’an adalah firman Allah SWT yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad SAW sebagai petunjuk bagi umat manusia. Ada banyak riwayat yang sahih menyebutkan bahawa membacanya adalah pahala. Malah dengan mengamalkan membaca beberapa surah mampu melindungi dan membantu kita untuk pelbagai perkara.

Antara surah yang boleh diamalkan secara harian

1) SURAH AL-FATIHAHAmalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur dan di ikuti denganmembaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas.Insha-Allah akan aman tenteram dan dijauhkan daripada gangguan syaitan dan sihir.Digalakkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakitmata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t.

2) SURAH YAASIN

Rasulullah s.a.w. telah bersabda, sesungguhnya bagi setiap sesuatu ituada hati, dan hati Al-Qur'an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur'an.Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahalamenyamai sepuluh kali membaca Al-Qur'an seluruhnya. (Hadis riwayatAt-Tarmizi dari Anas r.a.)

Rasulullah s.a.w. juga bersabda : Surah Yaasin dinamakan di dalam kitabTaurat dengan sebutan "At-Mu'ammah" (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala balabaik dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat. Pembaca juga akandilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dankemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-matamengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya.(Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban).

Surah Yaasin ini juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita darikehausan di hari KIAMAT.

3) SURAH AD-DHUHA

Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru- hara diPadang Mahsyar kelak

4) SURAH AL-KHAAFIRUUN

Sesiapa yang membaca Surah Al-Khaafiruun, seperti membaca seperempat Al-Qur'an, disamping itu terlepas daripada syirik, dijauhkandaripada godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan (Riwayat At-Tarmizi).

Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman sertamembersihkan kotoran dalam diri kita..

5) SURAH AL-KHAUTHAR

Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, makaAllah s.w.t. akan mengabulkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikanpangkat.

6) SURAH AL-WAQI'AH

Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang membacanya sebagai wirid, insha-Allahakan beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak14 kali setiap lepas solat Asar, insha-Allah akan dikurniakan denganrezeki yang banyak.Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihahsekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi'ah ayat 35-38 sebanyak 7kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjagakecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita.

Makna SurahAl-Waqi'ah Ayat 35-38 ialah : "Sesungguhnya, Kami telah menciptakanisteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan merekasentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintaijodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.

7) SURAH AL-MULK

Sebuah lagi Surah dari Al-Qur'an iaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadhilatdan faedah yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan dan membacanya.Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkanmembaca surah ini, akan mendapat syafa'at dan keampunandosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiap malam, insha-Allah,akan terselamat dari azab kubur.

Back to blog