TIPS BANGUN SUBUH DENGAN MUDAH

TIPS BANGUN SUBUH DENGAN MUDAH

Sebagai orang yang beragama Islam sudah menjadi kebiasaan kita bangun awal untuk menunaikan solat Subuh. Malah lebih bagus sekiranya kita dapat lakukannya secara berjemaah di masjid. Dari sudut kesihatan juga menunjukkan banyak manfaat bangun awal antaranya lebih sihat kerana ramai yang gemar bersenam pada waktu pagi.

Namun tak semua gemar bangun pagi di sini kami nak kongsikan beberapa tips bangun awal dengan mudah.

1.Tidur awal Seeloknya lepas pukul 10 malam kerana ia adalah waktu terbaik untuk rehat. Malah ada hadis menyebut tentang satu jam pertama selepas Isyak adalah waktu manusia sepatutnya rehat

2. Kurangkan melihat telefon pintar selepas pukul 10 malam. Melihat telefon pintar pada waktu tersebut menyebabkan kita sukar bangun subuh kerana berjaga lama menghadap telefon pintar

3. Waktu Maghrib dan Isyak diwajibkan diri untuk berada di rumah. Ini adalah untuk memastikan kita dapat solat Maghrib dan Isyak pada awal waktu. Itu adalah antara kekuatan untuk bangun subuh

4. Sebelum tidur banyakkan zikir dan selawat. Baca doa sebelum tidur juga membantu kita untuk bangun subuh.

5. Minta pada Allah untuk bangun subuh. Minta kekuatan untuk bangun awal daripada Allah

6. Jangan makan banyak sebelum tidur.  Perut yang terlampau kenyang menyebabkan tubuh badan menjadi berat dan susah untuk bangun

7. Pasang jam penggera. Pada peringkat awal cuba latih diri bangun tepat pada waktu Subuh. Selepas mula biasakan diri berlatih bangun lebih awal walaupun sekadar 10 minit sahaja.

Back to blog