TIPS PENJAGAAN TELEKUNG

TIPS PENJAGAAN TELEKUNG

TIPS PENJAGAAN TELEKUNG

Hari ni Kak M terdetik nak berkongsi pendapat tentang “Tips Penjagaan Telekung”. Sekadar berkongsi sahaja yer. Kalau ada di antara anda yang mahu memberikan komen atau pandangan dipersilakan kerana ilmu itu wajar dikongsi bersama kan??Okey, seperti yang kita sedia tahu, telekung ni kita akan pakai 5 kali sehari bukan?? Untuk menunaikan Solat Fardhu Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib dan juga Isya’.

Dalam islam juga kebersihan amatlah penting ketika mahu menghambakan diri kepada Allah Taala. Jadi kita bukan sahaja dituntut untuk berpakaian bersih dan kemas, malah telekung yang kita pakai juga haruslah bersih dan tidak berbau. Jika berbau, semestinya akan mengganggu konsentrasi diri dan orang lain disebelah kita. Tentu kita tidak mahu hal sebegini terjadi.

Jom Kak M kongsikan “Tips Penjagaan Telekung” untuk korang supaya telekung korang kemas, bersih dan cantik apabila menggunakannya untuk menunaikan ibadah solat:

1.Elak basuh menggunakan mesin basuh

Jika korang mempunyai telekung yang bersulam indah lebih-lebih lagi sulaman tangan yang perlu dipelihara dengan baik. Sebaik-baiknya jangan membasuh telekung dengan mesin basuh untuk mengelakkan telekung dan sulaman rosak. Cukup sekadar hanya rendam dengan sabun yang lembut seperti pelembut fabrik.     

2. Hindar dari memberus telekung

Jika sudah merendam telekung untuk membersihkannya tidak memberus dengan kuat. Gosok lembut dengan tangan bagi mengelakkan sulaman terbuka atau terburas.     

3. Katakan tidak pada peluntur

Sayangnya kalau menggunakan peluntur pada telekung yang cantik dan bersulam. Habis rosak seni sulaman apatah lagi menggunakan sulaman tangan. Guna sabun mandi atau pencuci yang lembut jika terdapat sebarang kotoran yang degil.     

4. Cuci seminggu sekali

Telekung sering dipakai setelah mengambil wuduk. Kita tidak digalakkan mengelap air wuduk kerana terdapat keberkatan pada titisannya. Sudah pasti telekung terutama di kawasan muka akan lembap. Oleh itu, untuk mengelakkan munculnya bintik-bintik hitam pada telekung, bersihkan telekung sekurang-kurangnya sekali seminggu.      

5. Gosok telekung berlapikkan kain

Jika hanya menggunakan seterika biasa yang tidak mempunyai laras suhu yang baik, ketika menggosok telekung lebih baik letak kain lembut di atasnya, kemudian baharu digosok. Kain telekung terpelihara dan sulaman juga cantik terletak.

Itu adalah beberapa tips yang Kak M kongsi dengan korang mengenai penjagaan telekung. Kak M pasti, korang pun ada cara tersendiri untuk mengekalkan kebersihan dan kecantikkan telekung  untuk digunakan ketika solat ataupun menunaikan ibadah.

Korang boleh komen dibawah untuk berkongsi cara korang tersendiri ataupun korang nak bagi cadangan kepada Kak M untuk next content blog yang Kak M kongsikan kepada korang.

Back to blog