Sunat-sunat dalam solat

Sunat-sunat dalam solat

Solat yang merupakan tiang agama tidak hanya berdiri di atas tiang-tiang rukun yang utama sahaja. Ia diperkemaskan dengan sunat-sunat dalam solat selain berfungsi sebagai pelengkap kepada sebarang kekurangan yang mungkin tidak disedari kita ketika melakukan solat. Namun sebahagian orang keliru antara rukun solat dan sunat solat.Dalam solat terdapat dua jenis sunat:Sunat hai’ahSunat ab’adhSunat Hai’ahSunat hai’ah kalau ditinggalkan tidak menjadi apa-apa. Tidak perlu diulang, dan tidak perlu dilakukan sujud sahwi. Antara sunat hai’ah:Mengangkat tangan (Takbir) 2. Meletakkan tapak tangan kanan di atas tangan kiri, dan memegangnya serta meletakkannya di bawah dada atau di atas pusat. 3. Membaca doa iftitah 4. Membaca Taawuz 5. Menguatkan atau memperlahankan bacaan Al-fatihah6. Membaca amin selepas Al-fatihah 7. Membaca surah daripada Al-quran8. Membaca takbir ketika rukuk9. Membaca tasbih ketika rukuk 10. Membaca tasbih ketika sujud 11. Meletakkan Kedua-dua Tangan Di Atas Paha Dengan Melepaskan Kesemua JariMaksudnya, digenggam semasa duduk antara dua sujud. Tetapi semasa duduk tahiyat awal dan tahiyat akhir disunatkan supaya tangan kanan digenggamkan dan dilepaskan telunjuk dan mengangkat jari telunjuk semasa mengucap perkataan “IllaAllah”12. Duduk iftirasy 13. Duduk tawaruk 14. Memberi salam keduaSunat ab’adh Sunat ab’adh memainkan peranan yang penting untuk menghasilkan solat yang sempurna. Walaupun meninggalkan sunat-sunat ini tidak membatalkan solat, tetapi galakan (sunat) untuk sujud sahwi jika meninggalkannya secara tidak sengaja atau sengaja, adalah gambaran kepentingan dan nilai sunat ab’adh dalam solat. la berfungsi sebagai pelengkap kepada sebarang kekurangan yang mungkin tidak disedari di dalam solat. Rasulullah SAW sendiri melakukan sunat-sunat ini dan melakukan sujud sahwi jika tertinggalSunat ab’adh mengandungi tujuh perkara iaitu:Tahiyat awal (pertama)Selawat ke atas Nabi SAW dalam tahiyat awalDuduk tahiyat / tasyahud awalDoa qunut pada rakaat kedua solat subuh dan pada solat witir yang terakhir sejak malam 15 hingga akhir bulan Ramadhan. 5.Selawat ke atas Nabi SAW dalam qunut6. Selawat ke atas ahli keluarga Nabi SAW dalam qunut7. Berdiri semasa berqunut8. Selawat ke atas keluarga Nabi dalam tahiyat akhir.
Back to blog