JENIS-JENIS ZAKAT

JENIS-JENIS ZAKAT

Zakat dari segi bahasa bererti “BERSIH”, “SUCI”, “SUBUR”, “BERKAT” dan “BERKEMBANG”Pengertian “BERSIH” dan “SUCI” dalam istilah zakat ialah membersihkan harta dan membersihkan diri orang kaya daripada bersifat kedekut dan bakhil. Dalam erti yang lain ialah membersihkan diri daripada sifat dengki dan dendam terhadap orang kaya.Dari Segi Syarak:Zakat dari segi syarak pula ialah mengeluarkan sebahagian harta tertentu diberikan kepada asnaf-asnaf yang berhak menerimanya setelah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarakTerdapat pelbagai jenis zakat antaranya:Zakat FitrahZakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.Syarat Wajib Zakat FitrahOrang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah:Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.Kaedah Pembayaran Zakat FitrahKaedah pembayaran zakat fitrah yang ditentukan ialah makanan asasi daripada jenis yang mengenyangkan. Perkara ini dijelaskan melalui hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Abu Said al-Khudry bermaksud:“
Adalah kami para sahabat ketika bersama Rasulullah s.a.w sering mengeluarkan zakat fitrah daripada setiap orang yang kecil dan besar, merdeka atau hamba satu gantang makanan atau satu gantang keju atau satu gantang Syair atau satu gantang tamar atau satu gantang zabib. Demikianlah kami terus berbuat demikian sehingga datang kepada kami oleh Muawiyah Abi Sufian bagi mengerjakan amal ibadat haji atau umrah, kemudian beliau menyampaikan ucapannya di atas mimbar, maka dalam ucapannya kepada orang ramai beliau berkata: Saya berpendapat, bahawa satu mud (cupak) gandum Sham menyamai satu Sha’ (gantang) tamar. Setelah itu, masyarakat pun berbuat demikian sedangkan Abu Sufian berkata: aku tetap mengeluarkannya sebagaimana mulanya”(Hadis riwayat Muslim)Waktu Menunaikan Zakat FitrahWaktu menunaikan zakat fitrah terbahagi kepada 5:1.Waktu WajibApabila terbenam matahari akhir Ramadhan sehingga terbit matahari satu Syawal.2.Waktu AfdalSebelum sembahyang Hari Raya3.Waktu SunatSepanjang bulan Ramadhan4.Waktu MakruhSelepas sembahyang hari raya sehingga terbenam matahari satu Syawal.5.Waktu HaramSelepas terbenam matahari satu Syawal.Zakat HartaZakat harta pula terbahagi kepada beberapa jenis lagi iaitu:Zakat Pendapatan“Wahai orang-orang yang beriman, keluarkan zakat sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu.”(Surah Al-Baqarah: Ayat 267)Allah menjelaskan bahawa segala ‘hasil usaha yang baik’ itu wajib dizakat. Oleh itu, bagi sesiapa yang menjadikan makan gaji itu sebagai satu profesion, maka itu juga termasuk dalam ‘hasil usaha’ yang wajib dizakat.Sabda Rasulullah s.a.w:“Menjadi sesuatu kewajipan ke atas setiap Muslim bersedekah (zakat)”. Mereka bertanya, “Wahai Rasulullah, bagaimana yang tidak mempunyai harta?”. Baginda menjawab, “Bekerja untuk mendapat sesuatu untuk dirinya lalu bersedekah.” Mereka bertanya, ” Kalau tidak mempunyai pekerjaan?”. Baginda bersabda, “Tolonglah mereka yang meminta pertolongan”. Mereka bertanya lagi, “Bagaimana pula jika tidak berkuasa?”. Baginda menjawab, “Kerja ke jalan kebaikan dan tinggalkan kejahatan, hal itu merupakan sedekah” (Hadis riwayat Muslim)Jenis-Jenis Harta PendapatanUlama’ mutaakhirin membahagikan Mal al-Mustafad kepada kategori berikut:Zakat Harta Penggajian dan Upah KerjaZakat Harta Pemberian Atau SumbanganZakat Harta Kerja BebasZakat Harta al-Mustaghallat 2. Zakat perniagaanZakat perniagaan ialah zakat yang wajib dikeluarkan hasil daripada harta perniagaan sama ada berasaskan pembuatan, perlombongan, perikanan, perkapalan, pembekalan, pertanian, perkhidmatan atau sebagainya dengan tujuan diperniagakan.“Wahai orang-orang yang beriman, keluarkan zakat sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu.”(Surah Al-Baqarah: Ayat 267)3.Zakat pelaburan“Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (zakat) sebahagian hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu” (Surah Al-Baqarah: Ayat 267)Syarat Wajib Zakat PelaburanSyaratnya adalah seperti berikut:Islamdiwajibkan kepada pemilik Muslim sahaja.Milik Sempurnamempunyai kuasa menjual dan memperoleh manfaat daripada portfolio saham atau pelaburanMilik Pihak Tertentusaham atau pelaburan yang dimiliki masjid, surau, dan-dana untuk maslahah am dan seumpamanya, tidak wajib zakatCukup NisabNisab portfolio pelaburan ialah nilaian yang sama dengan atau 85 gram emas (20 mithqal). Apabila nilai portfolio pelaburan bersamaan atau melebihi nisab maka ianya diwajibkan zakat.Cukup HaulHaul bagi saham dan pelaburan lain hendaklah genap tempoh satu tahun pemilikan portfolio pelaburan.HalalSaham yang diterbitkan untuk operasi perniagaan teras yang halal.
Back to blog