
CHECKLISTS PENTING KEPERLUAN UMRAH UNTUK WANITA
CHECKLISTS PENTING KEPERLUAN UMRAH UNTUK WANITABerikut adalah senarai beberapa barang keperluan penting yang wajib dibawa oleh para jemaah Haji/Umrah sepanjang berada di tanah suci:PassportPastikan passport anda masih sah dan tarikh luputnya adalah melebihi 6 bulan. Ini wajib ada dalam checklist keperluan umrah perempuan.Buku panduan umrahBiar pun anda sudah menyertai kursus umrah yang dianjurkan, buku panduan umrah boleh dijadikan sebagai panduan sepanjang anda melakukan umrah. Bacalah buku tersebut untuk mengingati semula semua perkara penting semasa melakukan umrah.Aplikasi di telefon bimbitBerikut adalah beberapa aplikasi telefon bimbit yang sangat berguna kepada anda semasa berada di sana nanti:Asefny - Aplikasi ini untuk memudahkan para jemaah mendapatkan rawatan perubatan.Manasikana - Ini adalah aplikasi yang menyediakan terjemahan bagi jemaah yang tidak tahu berbahasa inggeris atau bahasa arab.Quran - Aplikasi ini akan memudahkan anda membaca Al-Quran di mana saja tanpa perlu membawa Al-Quran.Careem - Ia adalah aplikasi untuk memudahkan anda menempah teksi untuk pergi ke miqat atau berjalan-jalan.Kain telekungBawa sekurang-kurangnya 2 helai telekung berwarna putih atau hitam untuk digunakan sepanjang menunaikan ibadab umrah. Kalau bawa lebih lebih baik. Telekung mungkin terkena kotoran semasa di sana. Pastikan anda bawa telekung yang dibuat dari material kain yang tidak terlalu tebal dan sejuk agar anda sentiasa berada selesa semasa berada di sana.Jubah atau baju kurungAnda boleh memakai jubah semasa berada di sana kerana jubah adalah pakaian yang selesa dan sopan. Sebaiknya pakai jubah berwarna putih dan hitam. Selain jubah, baju kurung juga sesuai untuk dipakai semasa menunaikan umrah.Pakaian biasaJangan lupa untuk membawa pakaian biasa untuk dipakai semasa anda berehat di bilik hotel. Bawalah pakaian yang sopan memandangkan anda sedang berada di tanah haram.Tudung putih atau hitamKelengkapan umrah wanita yang seterusnya ialah tudung hitam atau putih untuk anda pakai semasa melakukan ibadah. Kami cadangkan anda bawa tudung yang berdagu, mudah untuk anda terus gunakan untuk solat.Stokin kakiKaki adalah salah satu aurat wanita yang sering dilupakan. Pastikan anda sentiasa memakai stokin kaki semasa melakukan ibadah umrah. Tidak sah solat anda sekiranya anda tidak menutup aurat dengan sempurna.Stokin tanganStokin tangan dipakai untuk mengelakkan lengan kita terdedah semasa menggerakkan atau menaikkan tangan. Adakalanya kita terlupa untuk menjaga lengan. Memakain baju dengan lengan yang bercekak juga membantu.Anak tudungPastikan anda membawa anak tudung. Anda perlu memakai anak tudung semasa melakukan umrah agar anak rambut anda tidak terkeluar tanpa disedari.KhuffKhuff atau kasut umrah adalah kasut khas yang diperbuat daripada kulit kambing. Ia adalah kasut khas untuk melakukan ibadah haji dan umrah.Selipar dan kasut bertutupAnda juga memerlukan kasut tertutup dan selipar semasa melakukan ibadah umrah. Kasut bertutup diperlukan semasa berjalan di kawasan berbatu dan untuk mendaki gunung. Sementara selipar boleh anda gunakan semasa pergi ke tandas.Ubat-ubatanJangan lupa untuk membawa ubat asas seperti ubat demam, ubat selsema, sakit tekak, cirit-birit, kembung, dan sebagainya. Jika anda bergantung kepada ubat yang perlu dimakan setiap hari, jangan lupa untuk membawa ubat yang secukupnya.Alat penjagaan diriAlat penjagaan diri seperti sabun mandi, syampu, deodoran dan sebagainya juga sangat penting untuk anda bawa bersama.Spray untuk berwudukKelengkapan umrah wanita yang seterusnya ialah spray untuk berwuduk. Isikan botol tersebut dengan air dan bawa di dalam beg yang anda bawa. Dengan adanya botol spray ini, anda tak perlu lagi bersesak di tandas untuk berwuduk. Gunakan saja spray tadi untuk berwuduk.DuitMakanan anda disediakan oleh pihak agensi semasa melakukan umrah namun anda memerlukan duit untuk membeli makanan tambahan dan cenderamata untuk dibawa pulang.Kad kredit atau kad debitKad kredit dan kad debit boleh digunakan sekiranya anda kehabisan wang semasa berada di Mekah dan Madinah. Pastikan ada wang didalam akaun bagi kad yang dibawa.Topeng mukaMemandangkan sekarang kita dilanda pandemic Covid-19 dan memakain pelitup muka adalah satu norma baru, pastikan anda tidak lupa untuk membawa topeng muka dengan banyak. Sekotak untuk seorang individu adalah mencukupi.Hand sanitizerSelain pelitup muka, hand sanitizer juga adalah satu kelengkapan yang wajib anda bawa semasa menunaikan ibadah umrah. Jangan lupa untuk bawa lebih.Sejadah kecilKeperluan umrah wanita terakhir yang ingin kami cadangkan ialah sejadah kecil. Bawalah sejadah kecil didalam beg anda agar ia boleh digunakan apabila diperlukan.Sebelum berangkat ke tanah suci, pastikan kesemua barang kepeluan ini ada di dalam bagasi anda. Semoga dikurniakan Umrah/Haji yang mabrur.