9 KEMULIAAN ORANG YANG MENJAGA SOLAT

9 KEMULIAAN ORANG YANG MENJAGA SOLAT

Siapakah Insan Yang Paling Mulia Di Sisi Allah Manusia yang paling mulia itu adalah apabila ibadah hariannya bermula dengan solat Subuh berjemaah pada awal waktu pagi, terutamanya orang lelaki. Kemudian, dia pula mengakhiri harinya dengan solat Isyak berjemaah di masjid atau pun surau dan madrasah.Jika di laman sosial dipenuhi dengan status yang menyeru ke arah kebaikan kepada masyarakat umum namun bagaimana pula status wajib yang patut dikenaskini di dalam hati untuk menjaga solat fardu yang Allah perintahkan?Oleh itu, marilah kita bermuhasabah diri bersama-sama supaya kita tidak merasa rugi di akhirat kelak. Adalah sebaiknya kita mengubah diri kita ke arah yang lebih baik seperti mana yang Allah kehendaki daripada semua hamba-hamba-Nya.Kepentingan solat itu dapat dilihat di dalam konteks Al-Quran dan As-sunnah. Ketika berada di Markaz Bahasa Arab di Mesir, ustaz saya selalu menekankan aspek penjagaan solat. Suatu hari saya memakai baju yang tertera di atasnya perkataan Fajar, Zuhur, Asar, Magrib dan Isyak. Kemudian ustaz menyuruh saya membacakan surah al-Hud ayat 114 yang berbunyi,"Dan dirikanlah solat pada dua bahagian siang (pagi dan petang) dan pada permulaan malam."¬†Surah al-Hud, ayat 114Tidak hairanlah Saidina Uthman bin Affan memberitahu ada 9 kemuliaan orang yang menjaga solat, iaitu:-1. Dicintai AllahCinta adalah kebenaran dan keadilan dan kerananya langit, bumi dan seluruh isinya diciptakan. Cinta termulia dan tertinggi adala cinta-Nya yang dapat diperolehi setelah kita berusaha untuk menjadi hambanya dengan melaksanakan solat sesempurnanya.2. Badan selalu sihatBanyak kajian saintifik yang dibuat mengenai betapa manfaatnya gerakan solat terhadap fizikal manusia seperti hasil kajian Jabatan Kejuruteraan Biomedikal Universiti Malaya yang mendapati setiap gerakan solat mempunyai manfaat tersendiri yang mampu meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh.3. Dijaga oleh MalaikatDalam diri manusia, Allah SWT menugaskan empat malaikat kepadanya. Dua malaikat berada di sebelah kanan dan kirinya, yang sentiasa mencatat setiap amal perbuatannya. Dan dua malaikat lagi yang sentiasa mengikutinya dari arah depan dan belakang.Mereka semua menjaga manusia yang sentiasa menjaga solatnya kerana Allah SWT sentiasa rapat dengan orang yang tidak melupakanNya.4. Turun berkat pada rumahnya Menurut tafsir Ibnu Katsir, Imam Tabari berpendapat bahawa orang yang melaksanakan solat fardhu menjadi terbuka segala permintaan dari amalan-amalannya yang kemudian dibalas oleh pahala oleh Allah SWT.Maka seiring dengan itu, terbukalah segala pintu keberkatan yang melimpah ruah dalam kehidupannya termasuk seisi rumahnya.5. Tampak pada wajahnya tanda orang solehDikatakan dalam hadis Riwayat At-Tirmizi, daripada Syaqiq bin Abdullah ‚Äď seorang tabiin yang disepakati kemuliaannya ‚Äď dia berkata,"Para sahabat Rasulullah SAW tidak berpendapat bahawa tidaklah amal perbuatan ditinggalkan menyebabkan kekufuran melainkan solat."¬†Riwayat At-TirmiziHadis ini bermaksud bahawa barangsiapa yang meninggalkan solat maka akan hilang nur di wajahnya manakala mereka yang memelihara solatnya pasti timbul tanda-tanda orang soleh.6. Allah akan melembutkan hatinya7. Lalui sirat (titian) sepantas kilat8. Diselamatkan oleh AllahTerdapat hadis Qudsi riwayat Imam Ahmad dalam Isamuddin As-sababati, Baginda bersabda, sesungguhnya Rabbmu berfirman,"Barangsiapa menunaikan solat pada waktunya, kemudian dia memeliharanya, tidak melalaikannya kerana meremehkan haknya, maka dia mempunyai janji yang pasti Aku penuhi, iaitu Aku akan memasukkannya ke dalam syurga." -¬†Riwayat Imam AhmadOleh itu insan yang memelihara solatnya pasti akan diselamatkan daripada bahang api neraka.9. Allah menempatkannya bersama orang yang tidak takut dan tidak sedihAllah berfirman dalam surah al-Ma‚Äôarij,"Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah dan gelisah; apabila ditimpa kesusahan, dia sangat gelisah; dan apabila ia beroleh kesenangan, ia sangat bakhil, kecuali orang-orang yang mengerjakan sembahyang." -¬†Surah al-Ma‚Äôarij, ayat 19Justeru itu jadilah individu muslim yang mutlak, sentiasa melaksanakan perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya terutamanya dalam urusan akhirat. Seperti mutiara kata Imam Hassan al-Basri,"Wahai anak Adam, juallah duniamu untuk akhiratmu, niscaya kamu untung di keduanya, dan janganlah kamu jual akhiratmu untuk duniamu, kerana kamu akan rugi di keduanya.Singgah di dunia ini sebentar, sedangkan tinggal di akhirat sana sangatlah panjang." -¬†Imam Hassan al-BasriAkhir kata, tunaikan solat dengan sebaiknya berpandukan firman Allah di dalam surah Hud ayat 114, sebaiknya yang dimaksudkan adalah melaksanakan¬†solat¬†pada awal waktu, suci daripada kekotoran dan menjaga kekhusyukkan.Semoga Allah SWT menerima semua amalan baik yang kita lakukan dan semoga kita terus dapat membuat kebaikan di dunia selain dapat mengumpul saham akhirat dengan banyaknya. Insya Allah. Sumber :¬†Tazkirah
Back to blog