KELEBIHAN SOLAT SUNAT TAHAJUD
KELEBIHAN SOLAT SUNAT TAHAJUD

Solat tahajud merupakan ibadah sunat yang dituntut oleh Allah S.W.T dan Rasul. Hukum menunaikan solat tahajud adalah sunat muakkad iaitu sunat yang sangat dituntut. Waktu terbaik untuk solat tahajud ialah dikerjakan setelah bangun malam sesudah tidur yang afdal dilakukan secara bersendirian. Solat tahajud boleh dikerjakan di awal waktu malam, di pertengahannya, atau boleh juga dilaksanakan pada akhir waktu malam dan waktu-waktu ini merupakan kemudahan yang diberikan dalam menunaikan ibadah. Solat tahajud merupakan satu ibadah sunat yang mendapat perhatian istimewa daripada Allah. Perkara ini jelas dapat dilihat kerana al-Quran dalam beberapa surah ada menyebut secara langsung menganjurkan umat Islam untuk melaksanakan solat tahajud. Al-Quran mengandungi banyak ayat yang menampilkan pelbagai janji, baik berupa jaminan terhadap terhapusnya dosa, ataupun meningkatkan darjat kesan daripada solat tahajud. Keistimewaan tersebut menyebabkan Nabi Muhammad S.A.W tidak pernah meninggalkan solat tahajud dan beliau melaksanakannya dengan sebaik mungkin sehingga bengkak kaki Baginda. Berikut merupakan beberapa kelebihan mengerjakan solat tahajud: Membentuk peribadi unggul Orang yang menunaikan solat tahajud akan terlihat keperibadiannya daripada segi akhlak, perbuatan mahupun tutur katanya yang baik. Hal ini kerana orang yang rajin menunaikan solat tahajud seolah-olah selalu mendapat bisikan nuraninya yang dibimbing Allah sehingga cermat dalam mengambil tindakan dan sesuatu keputusan. Firman Allah S.W.T: إِنَّا سَنُلۡقِي عَلَيۡكَ قَوۡلٗا ثَقِيلًا ٥ إِنَّ نَاشِئَةَ ٱلَّيۡلِ هِيَ أَشَدُّ وَطۡ‍ٔٗا وَأَقۡوَمُ قِيلًا ٦ إِنَّ لَكَ فِي ٱلنَّهَارِ سَبۡحٗا طَوِيلٗا ٧ Bermaksud: Sesungguhnya kami akan menurunkan kepada-mu perkataan yang berat. Sesungguhnya beribadah pada malam hari lebih khusyuk (mantap) dan bacaan waktu itu lebih berkesan. Sesungguhnya pada siang hari kamu mempunyai urusan yang banyak. Surah al-Muzammil (5-7) Berdasarkan ayat di atas jelas menunjukkan bahawa apabila seseorang itu bangun untuk menunaikan solat pada waktu malam maka segala urusan bagi keesokan harinya akan menjadi lebih mudah dan teratur kerana perkara ini secara tidak langsung mendorong hati seorang manusia menjadi lebih terbuka dalam semua perkara. Dalam erti kata lain, keperibadian orang yang bangun malam untuk beribadah kepada Allah ini seolah-olah tergantung pada kehendak Allah sehingga mampu membentuk kehidupan yang baik serta kesedaran tentang sifat hamba yang lemah dan jauh daripada sifat tinggi diri. Mendapat kedudukan yang mulia Orang yang mengerjakan solat tahajud akan diberikan dan dikurniakan kedudukan yang tinggi dan mulia di sisi Allah SWT. Hal ini merupakan satu jaminan daripada Allah SWT kepada Nabi Muhammad, para sahabat dan seluruh umat Islam yang mengerjakan ibadah ini. Firman Allah SWT: وَمِنَ ٱلَّيۡلِ فَتَهَجَّدۡ بِهِۦ نَافِلَةٗ لَّكَ عَسَىٰٓ أَن يَبۡعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامٗا مَّحۡمُودٗا ٧٩ Bermaksud: Dan daripada sebahagian malam bertahajudlah kamu sebagai solat tambahan bagimu semoga Tuhan menempatkanmu di tempat yang terpuji. Surah al-Isra’ (79) Menimbulkan ketenangan jiwa Ketenteraman dan ketenangan jiwa dapat diperoleh melalui pelaksanaan solat tahajud yang dikerjakan pada waktu malam dengan suasana malam yang hening dan tenang pasti akan membawa kepada minda dan jiwa yang tenang. Ibadah-ibadah solat malam yang dilakukan adalah zikir dan doa yang mampu menenteramkan jiwa dan perasaan yang tidak tenang kerana semakin fokus ibadah semakin tenang akal fikiran. Allah SWT berfirman: ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَتَطۡمَئِنُّ قُلُوبُهُم بِذِكۡرِ ٱللَّهِۗ أَلَا بِذِكۡرِ ٱللَّهِ تَطۡمَئِنُّ ٱلۡقُلُوبُ٢٨ Bermaksud: Orang-orang yang beriman dan tenteram hatinya dengan mengingati Allah. Ketahuilah bahawa hanya dengan mengingati Allah sajalah diperolehi ketenteraman hati. Surah ar-Ra’d (28) Menyihatkan jasmani Melalui ibadah solat tahajud yang dikerjakan, ibadah ini adalah sebagai satu cara untuk menyucikan jiwa dan raga manusia kerana kebersihan adalah pokok pangkal yang membawa kepada jasmani yang sihat. Kesihatan jasmani yang baik sangat penting supaya ibadah yang dilakukan diterima oleh Allah SWT seperti penyucian diri melalui wuduk misalnya. Kesimpulannya ialah kita mestilah berebut peluang untuk melaksanakan solat tahajud ini kerana ianya merupakan solat sunat yang terbaik selepas solat fardhu. Selain itu,solat tahajud ini akan memberikan kelebihan yang banyak untuk membantu kita dalam membina jadi seorang Muslim. Kredit: Hafiz Hanafiah, wartawan pelatih

MaryamKhadijah
Loyalty Programme
Become a member
With more ways to unlock exciting perks, this is your all access pass to exclusive rewards and benefits.
Already have an account? Sign in
Points
Earn more Points for different actions, and turn those Points into awesome rewards!
Ways to earn
Sorry, this item is out of stock.
This item has been saved to your wishlist.



View My Wishlist Continue Shopping