
CARA PENJAGAAN KEBERSIHAN DAN KESIHATAN DIRI
1. Berus Gigi Selepas Makan & Sebelum TidurCara pertama untuk mengekalkan kebersihan diri adalah dengan menjaga kebersihan mulut dan gigi. Tujuannya adalah untuk mengekalkan kebersihan gigi serta mengelakkan rongga nafas berbau dan gangguan orang lain. Dengan itu cara yang terbaik menjaga gigi dan mulut anda ialah memberus gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari.2. Mandi Dua Kali Sehari & Cuci RambutSetiap kawasan mempunyai iklim yang berbeza dan budaya mandi juga turut berbeza. Anda pasti perasan sesetengah orang yang berada di negara 4 musim hanya mandi sekali dalam sehari sahaja! Tapi sebagai penduduk negara yang bermusim tropika ini, adalah lebih baik anda mandi dua kali sehari. Secara amnya anda perlu mandi pada waktu pagi sebelum memulakan aktiviti dan petang selepas bekerja atau malam sebelum tidur.Ā 3. Basuh Tangan Anda Dengan SabunDalam musim wabak covid-19 yang melanda negara, anda disarankan untuk kerap membasuh tangan anda dengan sabun atau lebih baiknya dengan āhand satisizerā yang mempunyai kandungan alkohol lebih 70%. Ini bagi membasmi kuman bakteria dengan lebih efisien.4. Bersihkan Kuku SelaluKuku anda merupakan sebahagian yang kecil pada badan anda. Namun begitu, kuku juga merupakan tempat yang berpotensi tinggi untuk kuman dan bakteriaĀ mengembangkan pelbagai penyakit dalam badan kita. Apabila anda mencuci tangan dengan sabun, pastikan kebersihan semasa mencuci sampai ke bahagian kuku, terutamanya jika anda mempunyai kuku panjang.5. Jaga Kebersihan Pakaian SeharianBasuhlah pakaian anda dengan menggunakan detergen dan keringkannya di bawah matahari supaya bakteria dan kuman yang tinggal di pakaian akan mati. Pakaian yang tidak mempunyai cahaya matahari atau tidak kering sepenuhnya biasanya akan menyebabkan bau yang tidak menyenangkan.