Hi, Guest
Write your review here. Tell us what you thought about it.

OK
BURUNG-BURUNG  TERDAPAT DI MALAYSIA
BURUNG-BURUNG TERDAPAT DI MALAYSIA

Burung adalah haiwan yang mempunyai tulang belakang atau dipanggil ‘vertebrata’ dalam sains. Burung juga merupakan haiwan yang sederhana saiznya mempunyai bulu, sepasang sayap dan dua kaki seperti ayam. Membiak melalui cara bertelur. Di Malaysia, terdapat lebih kurang 750 spesies burung yang tinggal di hutan Semenanjung Malaysia, Sarawak dan Sabah. Ada burung yang hidup sepanjang masa di Malaysia dan ada juga yang hidup secara berpindah-randah.

Antara burung yang terdapat di malaysia:-

1.Burung gelam

Burung gelam adalah satu-satunya jenis burung yang terdapat di Malaysia. Kebiasaanya boleh dijumpa di kawasan sawah padi, paya dan kawasan tanah lembap. Bulu burung ini berwarna coklat dan terdapat corak pada badannya. Fungsi coraknya adalah untuk membantu burung ini menyamar sehingga sukar dilihat di habitatnya. Saiz burung ini adalah sekitar 40 sentimeter. Ia juga dikenali dengan nama ‘Chesnut Bittern’

2. Burung bangau besar

Warna kaki pada burung bangau ini adalah berbeza tetapi biasanya kaki mereka berwarna hitam. Paruh bangau berwarna kuning tapi akan bertukar menjadi warna hitam apabila musim mengawan dan bertelur. Kebiasaanya bertelur dan membiak di Malaysia pada bulan September dan April.

3. Burung tekukur

Saiz burung tekukur adalah sekitar 30 sentimeter. Kebiasaanya burung ini dijadikan sebagai haiwan peliharaan dan boleh dijumpa di kawasan ladang, tanaman, padang dan sekitar kampung.

4. Burung raja udang

Burung raja udang adalah jenis burung yang berwarna biru dengan paruh yang panjang sesuai untuk menangkap ikan. Mereka adalah burung yang berbunyi bising dan bunyinya mudah dikenali. Sarangnya selalunya ditemui di lubang pada tebing sungai yang curam. Saiz burung ini hanyalah 25 sentimeter. Burung ini gemar makan berudu, ikan, ketam, udang, katak kecil dan binatang kecil yang lain. Ia dikenali dengan nama ‘White Brested Kingfisher’

5. Burung helang laut

Terdapat juga burung helang yang mendiami kawasan pantai negara kita iaitu burung helang laut. Jenis burung ini biasanya memakan haiwan seperti tikus, ular dan lain-lain. Saiz mereka sekitar 90 sentimeter, berwarna putih dan sayapnya berwarna hitam

6. Burung pipit padi

Hidup dalam kumpulan dan suka membantu antara satu sama lain.Sarang mereka diperbuat daripada rumput kering atau daun-daun kering di tempat yang berlubang. Jenis burung ini senang dijumpai di seluruh tempat.Saiz burung pipit padi agak kecil iaitu 11 sentimeter sahaja. Ia biasanya memakan serangga kecil, buah padi dan juga buah-buahan kecil. Namun,burung ini cepat membiak

7. Burung tempua

Burung mempunyai kelebihan luar biasa untuk tenunan sarangnya. Sarangnya diperbuat daripada rumput dan ditenun dengan halus serta berbentuk seperti kon yang tergantung. Biasanya mereka bersarang di tempat yang tinggi. Sarang burung jantan dan betina amat berbeza dari segi corak, struktur, bentuk dan saiznya. Sarung betina hanya dibezakan dengan tempat bertelur manakala sarang burung jantan tidak mempunyai tempat bertelur. Saiznya sebesar 15 sentimeter dan sentiasa menjadi perumpamaan orang tua-tua zaman dahulu.

Maryam Khadijah
Loyalty Programme
Become a member
With more ways to unlock exciting perks, this is your all access pass to exclusive rewards and benefits.
Already have an account? Sign in
Points
Earn more Points for different actions, and turn those Points into awesome rewards!
Ways to earn
Sorry, this item is out of stock.
This item has been saved to your wishlist.



View My Wishlist Continue Shopping