KEPENTINGAN SOLAT DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN
KEPENTINGAN SOLAT DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN

1) Solat Dapat Mencapai Ketenangan Jiwa

Ketenangan jiwa dapat dicapai dengan solat yang sempurna sama ada dengan melengkapkan solat fardhu yang lima ataupun tambahan kepada solat-solat sunat yang lain.Hal ini kerana, tujuan ibadat solat dilaksanakan adalah untuk mendekatkan diri kepada Yang Maha Esa.Ketenangan jiwa ini dapat dicapai sekiranya solat yang dilaksanakan adalah dengan penuh khusyuk, tenang dan mengerjakan dengan penuh rukun dan tamakninah.Penghayatan diri dalam solat juga dapat membawa seorang hamba ke arah pengabdian diri dan memohon keampunan kepadaNya.

Selain itu, solat juga dapat mendidik jiwa seseorang mengenal hakikat ketakwaan, kesabaran, tawakkal, jihad dan berpegang bahawa hanya Allah sahajalah tempat pergantungan yang optimum dalam semua urusan hidup.

2) Solat Dapat Membentuk Peribadi Yang Mulia

Solat yang sempurna adalah cerminan keperibadian yang mulia bagi seseorang. Ini kerana pelaksanaan solat merupakan gabungan antara pertuturan, tingkah laku dan pemakaian seseorang. Penampilan akhlak yang mulia ini dapat dijelmakan melalui ibadah solat yang dilaksanakan. Apabila kita memahami hakikat solat itu didirikan, ia mampu mendidik peribadi muslim yang mulia pertuturan, tingkah laku dan pemakaian yang bermula dari niat hingga memberi salam.

Bacaan solat yang dibaca dengan khusyuk dan sempurna dapat mendidik kita untuk bertutur dan berkomunikasi dengan baik apabila berada di luar solat.Manakala pergerakan yang sempurna dalam solat pula dapat mendidik seseorang agar menjaga tingkah laku di luar solat. Begitulah juga apabila pemakaian yang sempurna dalam solat dapat melatih seseorang agar menjaga penampilan bagi Muslim dan Muslimat apabila berada di dalam masyarakat. Ini sekaligus dapat menjaga maruah dan kehormatan bagi seseorang individu.

3) Solat Dapat Membentuk Keluarga Yang Harmoni

Ibadah solat dapat membentuk keluarga yang sakinah, mawaddah dan  rahmah. Sebagai contoh, ibu atau bapa dapat mendidik anak-anak melaksanakan ibadah solat sejak kecil sebagaimana yang diajarkan oleh Rasulullah yang menyuruh anak-anak agar melazimi dengan solat sejak dari kecil.

Sabda Rasulullah:“Ajarlah anak-anak kamu solat pada usia tujuh tahun dan pukullah mereka pada usia sepuruh tahun (sekiranya mereka degil untuk bersolat)”.

Adalah menjadi tanggungjawab ketua keluarga bagi memastikan ahli keluarga agar melaksanakan ibadah solat dan ibadah yang lain dalam kehidupan.Dengan cara ini, sesebuah institusi keluarga itu dapat terhindar dari perkara-perkara yang dimurkai Allah.Keluarga yang utuh juga dapat dilihat apabila ahlinya melaksanakan perintah Allah ini melalui pelaksanaan solat.

Sebagai contoh, seorang bapa dapat mendidik anak-anaknya solat berjemaah di rumah bersama ahli keluarga yang lain. Ini sekaligus dapat mengeratkan hubungan sesama keluarga.Pelaksanaan ibadat solat ini akan memupuk kesan yang positif kepada kehidupan keluarga dan masyarakat secara keseluruhannya. 

Sumber: portaljomsolat

MaryamKhadijah
Loyalty Programme
Become a member
With more ways to unlock exciting perks, this is your all access pass to exclusive rewards and benefits.
Already have an account? Sign in
Points
Earn more Points for different actions, and turn those Points into awesome rewards!
Ways to earn
Sorry, this item is out of stock.
This item has been saved to your wishlist.



View My Wishlist Continue Shopping