Hi, Guest
Write your review here. Tell us what you thought about it.

OK
HUKUM GANTI PUASA BAGI ORANG YANG MASIH HIDUP
HUKUM GANTI PUASA BAGI ORANG YANG MASIH HIDUP

Apakah hukum ganti puasa bagi orang yang masih hidup? Adakah ia sah? Dalam artikel ini, melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus dihalaman facebook beliau. Semoga bermanfaat

SOALAN: Adakah dibolehkan kalau seorang itu tidak berpuasa tapi orang lain yang tolong melakukan puasa bagi dirinya? Dan bagaimana pula kalau orang yang kita tolong puasakan untuknya itu orang yang uzur?

JAWAPAN: Puasa yang dilakukan oleh seseorang untuk seseorang yang masih hidup adalah tidak sah samada dengan rela hati atau dengan upah.

Berkata Imam Nawawi:

وقال القاضي: وأصحابنا أجمعوا على أنه لا يصلى عنه -أي الميت- صلاة فائتة، وعلى أنه لا يصام عن أحد في حياته، وإنما الخلاف في الميت

Ertinya : Dan telah berkata Al-Qadhi dan ulamak kami telah ijmak atas bahawasanya tidak boleh melakukan solat daripada mayat dan tidak boleh melakukan puasa dari seorang pun yang masih hidup. Dan khilaf hanya berlaku pada masalah puasakan orang yang telah mati.” (Kitab Syarah Sahih Muslim)

Dan tidak ada beza samada orang yang hidup itu ada uzur atau tiada iaitu tidak sah orang lain yang berpuasa untuk dirinya.

Berkata Syeikh Zakaria Al-Ansari:

ولا يصح الصوم عن حي بلا خلاف معذوراً كان أو غيره

Ertinya : Dan tidak sah puasa seseorang untuk orang yang masih hidup tanpa khilaf samada dia uzur atau pun tidak.” (Kitab Asnal Matalib)

wallahua’lam Ustaz Azhar Idrus

Sumber: akuislam

Maryam Khadijah
Loyalty Programme
Become a member
With more ways to unlock exciting perks, this is your all access pass to exclusive rewards and benefits.
Already have an account? Sign in
Points
Earn more Points for different actions, and turn those Points into awesome rewards!
Ways to earn
Sorry, this item is out of stock.
This item has been saved to your wishlist.



View My Wishlist Continue Shopping