Don't forget to update your profile account to get more special gift from us.
Mesti dah pernah baca artikel atau berita tentang mangsa-mangsa penipuan Scammer kan? dan terfikir “macam mana lah boleh senang-senang je kena tipu?” Percayalah kalau korang berada dalam situasi yang sama tanpa menyedari taktik-taktik scammer ini, korang juga berkemungkinan besar boleh jadi mangsa. Oleh itu, untuk elak kena scam, langkah pertama yang anda perlu lakukan adalah mengetahui mondus operandi penipuan scammer. Scammer ini bijak memperdaya untuk meyakinkan mangsa-mangsa untuk berkongsikan maklumat-maklumat peribadi atau terus melakukan transaksi.
Ada beberapa jenis scam yang popular di Malaysia dan langkah mengatasi penipuan atas talian bila korang menghadapi situasi-situasi di bawah ini:-
1) Macau Scam
Sindiket ini merupakan antara penipuan yang mempunyai jumlah mangsa yang sangat tinggi sehingga ke hari ini. Macau Scam atau sindiket penipuan macau ini bermula di tiga buah negara iaitu Taiwan, China dan Hong Kong. Teknik spoofing panggilan telefon dengan menyamar menjadi pegawai sama ada dari mahkamah atau jabatan polis, adalah salah satu taktik yang sering dilakukan oleh kumpulan ini.
Berikut merupakan taktik yang biasa digunakan dalam modus operandi Macau Scam:
a) Menyamar Sebagai Pegawai Polis
Bayangkan korang terima panggilan daripada pegawai polis dan pegawai tersebut cakap dia ada waran untuk tangkap korang sebab korang telah melakukan kesalahan-kesalahan tertentu. Kalau korang tak sedar tentang modus operandi Macau Scam ini, mesti korang pun akan kena scam. Mangsa-mangsa selalunya akan berasa panik disebabkan ugutan kena tangkap ini. Dari sinilah, scammer ini akan mula meminta segala maklumat-maklumat peribadi yang akan membolehkan mereka untuk merompak duit dari korang nanti. Untuk pengetahuan korang, PDRM tak akan menghubungi korang untuk meminta maklumat peribadi. Kalau betul-betul polis cari korang, pihak polis akan meminta untuk terus ke balai bagi membantu siasatan-siasatan tertentu.
b) Menyamar Sebagai Pegawai Bank/ Bank Negara
Panggilan dari bank atau bank negara ini pun ramai yang dah terkena sebab scammer-scammer ni memang pandai berlakon. Korang mungkin akan menerima panggilan seperti pegawai bank menyatakan maklumat bank atau kad kredit korang telah terjejas, atau bahawa pembelian besar baru sahaja dibuat menggunakan butiran korang. Selepas itu, mereka akan meminta maklumat tentang kad bank, nombor pin dan sebagainya. Jadi, sekiranya korang mendapat panggilan sebegini, jangan panik. Letak telefon korang dengan segera. Selepas itu, pergi ke laman web bank korang, dapatkan nombor telefon centre dari situ. Kemudian korang telefon nombor tersebut untuk dapatkan kepastian.
c) Menyamar Sebagai Pegawai Kastam
Lagi satu, scammer ni pun pandai berlakon sebagai pegawai kastam. Korang mungkin akan mendapat panggilan seperti korang mempunyai bungkusan yang telah ditahan oleh Kastam Malaysia. Jadi, untuk korang mendapat bungkusan itu, korang perlu membayar jumlah wang yang tertentu. Perlu diingatkan scammer-scammer ni sentiasa belajar untuk cuba helah-helah yang baru. Sesetengah scammer sangat bijak sehingga mereka boleh memalsukan ID pemanggil mereka. Maksudnya, mereka berpura-pura membuat panggilan daripada institusi sebenar dengan menggunakan nombor talian hotline bank apabila mereka sebenarnya membuat panggilan daripada nombor lain. Jika anda menerima mana-mana panggilan ini, sebaiknya tutup telefon dengan segera dan hubungi mereka semula menggunakan nombor hotline institusi. Korang boleh tengok sama ada panggilan korang akan dijawab oleh orang sama atau tak.
Ini merupakan salah satu langkah mengelakkan diri daripada menjadi mangsa macau scam.
2. Scam KWSP
Duit KWSP ini macam yang korang tahu merupakan duit simpanan untuk hari tua nanti. Kebiasaannya, golongan yang dah pencen dan yang dah mengeluarkan simpanan mereka ini yang menjadi sasaran scammer. Berikut merupakan antara taktik penipuan KWSP yang digunakan oleh scammer:Panggilan daripada “Ejen KWSP”Sekiranya korang mendapat panggilan daripada seseorang yang claim dirinya sebagai seorang ejen KWSP, korang boleh letak terus telefon. KWSP tak pernah melantik mana-mana ejen untuk menguruskan simpanan korang. Jadi, jangan layan sekiranya scammer ini call dan menyatakan dia boleh bantu untuk membuat pengeluaran atau meminta IC.
3. Scam melalui SMS
Kalau korang mendapat mesej yang mengandungi nombor OTP walaupun korang tak pernah memohon, ini bermakna scammer sedang menggunakan data peribadi korang
3. Scam Cinta
Dengan adanya platform online dating, para scammer ini juga mengambil kesempatan untuk mencari mangsa-mangsa baharu. Dengan menggunakan profil palsu, scammer akan berpura-pura berminat untuk bercinta dengan korang. Oleh itu, berhati-hati dengan sesiapa sahaja yang korang temui secara online. Scammer yang akan berkomunikasi dan membina kepercayaan dengan mangsa dalam tempoh beberapa minggu atau bulan.
Antara taktik yang digunakan adalah seperti:
- Ada Kecemasan Kewangan
Kalau pasangan online yang korang belum betul-betul kenal tiba-tiba cakap kecemasan yang memerlukan bantuan kewangan, jangan terus percaya. Kemungkinan besar ini percubaan untuk menipu korang. Korang mungkin akan diminta untuk transfer duit untuk “membantu” pasangan korang.
- Barang Ditahan Kastam
Ini pun taktik yang korang kena tahu. Pasangan online korang mungkin cakap yang dia ada membeli hadiah tapi barang tersekat di kastam. Bila ini berlaku, scammer ini akan minta untuk membuat pembayaran supaya barang boleh lepas di kastam. Banyak kes tentang love scam ni berlaku di Malaysia ini sebenarnya. Pernah ada kes seorang wanita kehilangan hampir RM400,000 kerana kononnya bercinta dengan lelaki yang bekerja di United Kingdom. Selain itu, ada juga seorang penoreh getah juga kehilangan RM99,000 selepas terpedaya dengan love scam ini.Ingat, scammer di luar sana memang mensasarkan kutipan wang yang besar. Jadi, korang bila nak bercinta secara online tu, berhati-hatilah dan tinggalkan saja pasangan online anda apabila dia mula meminta wang.
4. Scam Pinjaman Peribadi
Korang jangan terpedaya dengan kadar faedah 0% dan dijamin kelulusan pinjaman 100%. Bila korang nampak perkara yang too good to be true ini, jangan lah mudah percaya. Ada scammer yang menyamar jadi platform pinjaman dengan menggunakan nama syarikat yang dipercayai untuk menarik mangsa untuk membuat pinjaman dengan mereka.
Tanda-tanda yang korang boleh perhatikan bila berhadapan dengan panggilan scammer pinjaman peribadi ini:
1. Scammer Meminta Bayaran Pendahuluan
Jika korang diminta untuk membayar yuran pendahuluan atau deposit untuk mendapatkan pinjaman, buat tak tahu dan jangan layan, Tiada pemberi pinjaman yang sah akan meminta korang membayar apa-apa sebelum menerima pinjaman
2.Didesak Membuat Keputusan Terburu-buru
Jika pemberi pinjaman atau ejen pinjaman terus mendesak korang untuk membuat keputusan dengan segera, korang JANGAN buat keputusan dengan terburu-buru pula. Korang bertenang je, kadang-kadang scammer ni terdesak untuk membuat kerja dengan cepat.
3.Tak Apply Loan Tapi Dapat Tawaran
Takde apply apa-apa loan tapi dapat tawaran. Korang menerima panggilan atau e-mel yang mengatakan bahawa korang layak untuk pinjaman dengan kadar faedah yang rendah. Ini juga salah satu taktik yang biasa digunakan. Banyak dah kes scam pinjaman peribadi ini. Antaranya seorang juruteknik telah mengalami kerugian sebanyak RM11,000 kerana terpedaya dengan taktik suspek yang menyamar sebagai pihak bank yang terkemuka. Disebabkan ini, korang perlulah berhati-hati bila nak membuat pinjaman peribadi ini.
5. Scam Pelaburan
Sekarang ni macam-macam jenis pelaburan yang ada dan memang bagus kalau korang nak cuba-cuba belajar untuk membuat pelaburan. Namun, korang perlu berhati-hati apabila nak mula melabur sebab scam pelaburan ini perkara yang dah banyak terjadi sejak kebelakangan ini
# Tak Ada Risiko Pelaburan Langsung, Jaminan Untung Besar
Anggap je ini janji manis yang hanya sekadar janji. Apabila korang dah mula komited untuk melabur, korang akan lihat sendiri untuk mendapat untung besar, memang akan ada risiko yang tinggi. Ia merupakan lumrah melabur.
# Tak Ada Pemegang Amanah
Kalau tak ada pemegang amanah, jangan melabur di situ sebab pengarah syarikat tidak boleh sewenang-wenangnya mengeluarkan duit daripada akaun yang dipegang oleh pemegang amanah.
# Pengambilan Deposit Tanpa Lesen yang Betul
Bila tak ada lesen yang betul dari Bank Negara untuk mengambil wang daripada orang ramai, jauhkan diri daripada melabur di situ.
6. Scam Skim Cepat Kaya
Jangan ambil skim cepat kaya sebab nanti korang akan kena scam. Skim ini menjanjikan pulangan yang sangat masyuk dan tak masuk akal. Bunyi macam menarik tapi korang jangan terpedaya sebab skim cepat kaya ini selalunya indah khabar dari rupa. Skim cepat kaya ini selalunya menggunakan taktik MLM.Multi-Level Marketing (MLM)Juga dikenali sebagai skim piramid, skim ini merupakan strategi kewangan yang digunakan untuk menggalakkan pelabur sedia ada merekrut pelabur baharu. Ini bermakna pelabur hanya perlu melakukan pelaburan yang kecil dan mendapat pulangan yang tinggi. Apabila tiba masanya, scammer akan melarikan semua duit pelabur-pelabur MLM ini. Habis semua wang, hilang begitu saja.
7. Scam Parcel
Adakah korang selalu shopping secara online? Memang seronok bila membeli barang secara online ni. Klik, klik saja di telefon kemudian ada servis penghantaran yang akan memberi barang yang korang pesan. Tapi sekarang ni, korang kena berhati-hati sebab ada sindiket scam parcel. Berikut merupakan 2 taktik yang digunakan oleh para scammer di luar sana:Cash-on-delivery (COD)Scammer perkhidmatan COD untuk menipu pelanggan untuk membayar sesuatu yang mereka tak beli pun. Sekiranya menerima barang COD tapi korang tak order, jangan bayar.Klik Link yang Berbahaya
Yang kedua, scammer menyatakan penghantaran tak boleh dibuat ke rumah mangsa dan scammer ini akan cuba yakinkan scammer yakinkan parcel ini datang dari keluarga atau rakan mangsa. Kemudian, mangsa diminta untuk periksa emel dan klik satu link yang berbahaya. Akibatnya, maklumat peribadi semua tersebar.
Subscribe to get special offers, free giveaways and once-in-a-lifetime deals.