CIRI-CIRI WANITA YANG DIRINDUKAN SYURGA
CIRI-CIRI WANITA YANG DIRINDUKAN SYURGA

4 Ciri Wanita yang Dirindukan Syurga

Rasulullah SAW bersabda: “Pemuka wanita ahli syurga ada empat:Maryam bintu Imran, Fatimah binti Rasulullah SAW, Khadijah bintu Khuwailid, dan Asiyah.” (HR. Hakim).

Lantas, bagaimana menjadi wanita yang tidak hanya merindukan syurga tetapi dapat menjadi wanita yang dirindukan syurga?

Berikut adalah ciri-ciri Wanita yang dirindukan syurga:-

1) Wanita yang Bertakwa

“Siapa saja yang mengerjakan amal soleh, baik lelaki ataupun perempuan, sementara ia seorang mukmin, mereka pasti akan masuk ke dalam syurga, dan mereka tidak akan dianiaya sedikit pun.” (QS an-Nisâ’ [4]: 124).

Takwa adalah menjalankan setiap perintah Allah (syariat Islam) dan menjauhi semua larangannya. Secara ringkasnya, bertakwa bererti ia menjadi seorang yang taat pada syariat Islam secara menyeluruh sebagai bentuk dari keimanan.

2) Wanita yang Berbakti Kepada Orang Tua

Allah SWT memerintahkan kita untuk berbakti pada kedua orang tua sebagaimana dalam firman-Nya:“Sembahlah Allah dan jangan kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatupun, dan berbuat baiklah kepada kedua orang tua (ibu-bapa).” (QS. An Nisaa’: 36).

Rasulullah SAW juga mengingatkan kita betapa besarnya pahala bagi siapa saja yang berbakti kepada kedua orang tuanya, terutama kepada ibunya.

Sebagaimana Rasulullah SAW bersabda:Dari Abdullah bin Mas’ud ra, dia berkata: Saya bertanya kepada Rasulullah Saw: “Apakah amalan yang paling dicintai oleh Allah?” Bersabda Rasulullah Saw: “Solat tepat pada waktunya”, Saya bertanya: “Kemudian apa lagi?” Bersabada Rasulullah Saw “Berbuat baik kepada kedua orang tua”. Saya bertanya lagi: “Lalu apa lagi?” Maka Rasulullah Saw bersabda: “Berjihad di jalan Allah”. (HR. Bukhari dan Muslim).

3) Wanita yang Taat Pada Suami

Apabila seorang wanita telah menikah, wajib baginya untuk taat kepada pemimpin keluarga, yakni suami.Kerana apabila sudah menikah, syurganya seorang istri berada pada redha suaminya. Allah SWT berjanji melalui lisan Nabi-Nya, bahawa wanita yang taat pada suaminya akan dikurniakan nikmat syurga.Suami yang wajib ditaati hanyalah para suami yang menjunjung tinggi syariat Islam, bukan suami yang justeru menjerumuskan isterinya dalam dosa.Oleh sebab itu, jika suami memerintahkan istri suatu perintah yang bertentangan dengan Islam, maka wajib bagi isteri untuk menolaknya.

“Seorang wanita yang mengerjakan salat 5 waktu, berpuasa di bulan Ramadan, memelihara kemaluannya serta taat kepada suaminya maka pasti dia akan masuk syurga dari pintu mana saja yang dikehendakinya.” (HR Abu Nu’aim). 

4) Ibu yang Baik Pada Anaknya

Jika sudah menikah, maka wanita yang baik dan dirindukan syurga ialah mereka yang berhasil menjadi ibu yang baik.Ia Bersama-sama suaminya membantu untuk memelihara amanah dari Allah, menjaganya, mengasuhnya dan juga mendidiknya sehingga terbentuklah anak-anak yang soleh dan solehah. Kerana tidak dapat disangkal lagi bahawa orang-orang hebat itu lahir dari ibu yang hebat.

“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak menderhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.” (QS. At-Tahrim [66]: 6)

Imam Ali bin Abi Thalib ra berkata:“Didiklah mereka dan berilah pelajaran yang cukup untuk menghadapi hari esok mereka.”Ibnu Abbas ra ketika menafsirkan ayat di atas mengatakan:“Laksanakan amal, ta’at kepada Allah dan tinggalkan maksiat serta suruhlah anakmu selalu mengingati Allah, nescaya ia akan menyelamatkanmu dari Neraka.”

Sumber: Telisik.id

MaryamKhadijah
Loyalty Programme
Become a member
With more ways to unlock exciting perks, this is your all access pass to exclusive rewards and benefits.
Already have an account? Sign in
Points
Earn more Points for different actions, and turn those Points into awesome rewards!
Ways to earn
Sorry, this item is out of stock.
This item has been saved to your wishlist.



View My Wishlist Continue Shopping