Terms & Conditions Aidilfitri Lucky Draw

1. Syarat Kelayakan
- Untuk melayakkan diri menyertai Aidilfitri Lucky Draw, peserta WAJIB memenuhi syarat berikut :-
a. Peserta yang membuat sebarang pembelian atas RM150 (exclude Postage) di Maryam Khadijah mahupun Online (Melalui Website dan Team Customer Relation Executive) atau Offline (Walk-In Butik), akan automatik layak sertai Lucky Draw. Pembelian di Shopee & Lazada tidak akan terpakai.
b. Peserta haruslah berumur sekurang-kurangnya 18 tahun keatas dan terbuka kepada peserta yang menetap di Malaysia dan Singapura - Semua pekerja di Maryam Khadijah tidak layak untuk sertai peraduan Lucky Draw
- Penyertaan sah untuk semua koleksi Maryam Khadijah kecuali Reject/Defect Item & Sales Price
2. Peraturan Lucky Draw
- Hanya ada 1 pemenang bagi setiap kategori Lucky Draw. Terdapat 3 Hadiah utama yang terdiri daripada barangan elektronik dan barangan dapur bernilai RM1,500 untuk dimenangi.
- Tiada had penyertaan. Peserta boleh sertai sebanyak mana yang dimahukan untuk tingkatkan peluang memenangi hadiah.
- Tempoh sertai Aidilifitri Lucky Draw ialah dari 6hb April 2022 (12AM) sehingga 30 April 2022 (11.59PM)
- Berikut merupakan kategori yang ditetapkan :-
a. Kategori Hadiah No. 3 : Min Purchase RM150 ~ RM299
b. Kategori Hadiah No. 2 : Min Purchase RM300 ~ RM399
c. Kategori Hadiah No. 1 : Min Purchase RM400 keatas - Setiap peserta yang layak sertai peraduan, akan dikepilkan voucher berserta nombor cabutan bertuah di dalam kotak pembelian. Sila simpan voucher tersebut sebagai bukti pembelian.
3. Pemenang Lucky Draw
- Pemenang akan diumumkan pada 11 May 2022 sewaktu LIVE di Facebook Page & Instagram Maryam Khadijah jam 3 Petang
- Jika pemenang yang diumumkan (sebanyak 3 kali) tidak hadir sewaktu LIVE, cabutan undian baru akan dibuat.
- Pemenang yang bertuah akan berhubung dengan team Maryam Khadijah melalui nombor berikut:-
a. 010 - 2675 200 ( Customer Services ) - Hadiah yang dimenangi tidak boleh ditukar kepada wang ringgit atau barang lain.
- Tempoh penghantaran hadiah pemenang mengambil masa di antara 7-14 hari waktu bekerja.
- Segala kos penghantaran akan ditanggung sepenuhnya oleh pemenang cabutan bertuah.
- Pihak kami tidak bertanggungjawab jika butiran yang diberikan tidak lengkap atau tidak tepat dan tidak akan menanggung kerosakan yang dibuat oleh pihak kurier.
4. Privasi Maklumat Peribadi
- Dengan mengambil bahagian dalam cabutan bertuah ini, peserta dengan ini bersetuju untuk mendedahkan nama mereka atau apa-apa maklumat yang kami mungkin, mengikut budi bicara mutlaknya, anggap perlu untuk didedahkan kepada mana-mana pihak atau entiti dalam apa jua cara yang kami anggap sesuai serta pengeluaran gambar mereka untuk tujuan publisiti atau komersial.
- Maklumat yang dikumpul melalui cabutan bertuah ini boleh digunakan dalam operasi dan pemasaran produk dan perkhidmatan Maryam Khadijah. Peserta boleh menerima melalui e-mel, berita promosi, kemas kini perkhidmatan dan maklumat lain tentang produk dan perkhidmatan Maryam Khadijah. Peserta boleh memilih, pada bila-bila masa untuk berhenti melanggan e-mel ini.
5. Lain-Lain
- Walau apa pun yang terkandung di sini, kami berhak pada bila-bila masa mengikut budi bicara untuk :-
a. Meminda, menambah dan/atau terma dan syarat ini tanpa pemberitahuan terlebih dahulu (termasuk kelayakan dan terma dan kriteria yang layak), dan semua Peserta akan terikat dengan pindaan, penambahan dan/atau pemadaman tersebut apabila dilaksanakan, atau
b. Mengubah, menarik balik, atau membatalkan mana-mana hadiah atau Cabutan Bertuah tanpa perlu mendedahkan sebabnya dan tanpa sebarang pampasan atau apa-apa bayaran - Keputusan Maryam Khadijah mengenai semua perkara yang berkaitan dengan Cabutan Bertuah adalah atas budi bicara mutlaknya dan adalah muktamad kepada semua peserta.