TIPS PENJAGAAN KULIT MUKA
TIPS PENJAGAAN KULIT MUKA

Hai semua,

Harini Kak M nak berkongsi tips sedikit memandangkan ramai yang bertanyakan cara penjagaan kulit supaya boleh bebas cela dan tampak muda dan ceria selalu. 

Berikut adalah kompilasi tips penjagaan muka untuk mendapatkan kulit bebas cela hasil pengalaman saya sejak beberapa tahun ni.

1. Banyak Minum Air Kosong
Ini adalah tips paling mudah nak buat! Hanya perlu minum air kosong banyak banyak. Air kosong ni boleh “flush out” toxin dalam badan kita. Kalau nak cantik luaran, dalaman pun kena cantik juga! Barulah balance.

2. Kurangkan Pengambilan Gula

Para saintis menyimpulkan bahawa pengambilan gula yang banyak boleh menyebabkan obesiti, kencing manis dan bukan itu sahaja, malah boleh memberi kesan negatif pada kulit seperti jerawat dan kulit kusam.

Ini adalah kerana keindahan dan keanjalan kulit secara langsung bergantung kepada cecair yang diterima oleh badan kita.

Pengambilan gula yang banyak akan membuat kulit menjadi kering dan mudah untuk garis halus muncul di kulit wajah kita.

3. Pakai Sunblock

Penggunaan sunblock sangat penting untuk kulit wajah walaupun hanya duduk di rumah. Sunblock merupakan produk yang paling bagus untuk anti-penuaan.

  • Ini adalah sebab kenapa kita perlu menggunakan sunblock. Hindari kulit nampak kusam, tak bermaya, gelap ataupun sunburn
  • Hindari kulit kita berkedut seawal 30 tahun
  • Hindari pertumbuhan jerawat
  • Hindari kanser kulit

4.Dapatkan Tidur Yang Mencukupi

Ini adalah antara tips yang paling best! Nak cantik, kena dapatkan tidur yang mencukupi. Kalau anda kurang tidur, muka akan menjadi sembab, hilang seri, kusam dan tak bermaya.

Beauty sleep sememangnya amat penting kalau anda mahukan kulit yang cantik, berseri dan sihat.

5Menggunakan Air Suam Ketika Mencuci Muka

Untuk dapatkan kulit yang lagi cantik, basuh muka menggunakan air yang suam. Tujuannya adalah untuk membuka pori pori supaya kotoran yang melekat di dalam liang pori dapat dibersihkan semasa kita mencuci muka.

6. Makan Sayur & Buah Buahan

Selain minum air kosong banyak banyak, makan sayur dan buah buahan dengan kuantiti yang banyak pun memang bagus untuk kulit. Kenapa?

Ini adalah kerana sayur dan buah buahan mengandungi banyak vitamin dan nutrien yang diperlukan oleh kulit kita.

Tahukah anda, rahsia cantik yang sebenar datang dari pemakanan yang sihat dan ckup nutrisi? Jadi, pengambilan sayur dan buah buahan sangat penting.

7. Pilih Cleanser Yang Bagus

Cleanser yang bagus ialah cleanser yang mengadungi bahan yang memang elok untuk kulit kita. Cari cleanser yang mengandungi bahan yang sesuai dengan jenis kulit kita.

Selain itu, cleanser yang bagus adalah cleanser yang rendah nilai pH nya. Antara pH4-6 sahaja. Kenapa tak boleh gunakan cleaser yang nilai pH lebih dari 6? Sebab lebih tinggi nilai pH itu, cleanser itu lebih acidic.

Apabila kita menggunakan cleamser yang bersifat acidic, kulit kita akan terjejas dan mudah untuk timbul jerawat. Kalau nak test nilai pH cleanser, boleh gunakan pH Test Strip.

Inilah beberapa tips penjagaan kulit muka yang dikongsikan dengan anda untuk kali ini.

Semoga bermanfaat!

Kredit : Noir

MaryamKhadijah
Loyalty Programme
Become a member
With more ways to unlock exciting perks, this is your all access pass to exclusive rewards and benefits.
Already have an account? Sign in
Points
Earn more Points for different actions, and turn those Points into awesome rewards!
Ways to earn
Sorry, this item is out of stock.
This item has been saved to your wishlist.



View My Wishlist Continue Shopping