BATAS PERGAULAN DI TEMPAT KERJA
BATAS PERGAULAN DI TEMPAT KERJA

Menurut al-Imam Abu Daud, Baginda SAW juga pernah mengkhususkan satu pintu khas bagi wanita bagi mengelakkan percampuran berlaku antara lelaki dan wanita.

Sabda Rasulullah SAW: "Alangkah baiknya sekiranya kita biarkan pintu ini dikhususkan untuk wanita sahaja. Berkata Nafi (anak murid Ibn Umar), setelah mendengar kata-kata Rasullah SAW itu, Ibn Umar tidak pernah memasuki pintu itu sehinggalah beliau meninggal,” — Hadis Riwayat Abu Daud.

Sementara itu, Abu Said al-Ansari pernah mendengar hadis Rasulullah SAW, yang menasihatkan para wanita supaya mengasingkan sedikit laluan perjalanan mereka ketika melalui jalan bagi mengelakkan fitnah yang mungkin berlaku.

Sabda Rasulullah SAW: "Lewatkan (jauhkan) sedikit laluan kamu, janganlah kamu berjalan dipertengahan jalan (sehingga bercampur lelaki wanita)," — Hadis Riwayat Abu Daud.

Antara kesan tidak menjaga batas pergaulan di tempat kerja:

1. Punca Keruntuhan Institusi Kekeluargaan

Bagi majoriti kelompok yang mempunyai komitmen pekerjaan di luar rumah, sebahagian besar kehidupan mereka sebenarnya dilalui di tempat kerja, terasing daripada pasangan hidup dan ahli keluarga masing-masing. Seharian suntuk masa dihabiskan di tempat kerja bersama teman-teman sepejabat, berkongsi suka duka, jatuh dan bangun.

2.Kemesraan yang terjalin sekian lama

kadangkala lebih terasa eratnya berbanding hubungan dengan ahli keluarga sendiri.Hubungan sesama teman yang tidak mengenal batas akan berkesudahan dengan penyakit sosial yang menjalar dan merosakkan institusi kekeluargaan secara halus dan senyap, ibarat anai-anai yang perlahan-lahan merosakkan asas sesebuah bangunan.

Menurut suatu laporan akhbar pada tahun 2004, Unit Kaunseling Kementerian Pembangunan Wanita dan Masyarakat ketika itu menganggarkan sebanyak tiga perempat (75%) daripada penceraian yang berlaku dalam masyarakat berpunca daripada kehadiran orang ketiga, sementara 80% daripada orang ketiga tersebut ialah rakan sekerja.Sekalipun teman sekerja boleh dianggap sebagai rakan sepasukan yang erat hubungan, saling memahami dan mempercayai, masih terdapat di sana batas dan sempadan yang perlu diperhatikan dalam pergaulan kita seharian. Interaksi sesama rakan sekerja mestilah terus berlaku dalam suasana penuh adab, sopan dan disulami dengan etika professional yang tinggi.

3.Elakkan Fitnah

Hari ini, organisasi perkhidmatan, pembuatan dan perniagaan terpaksa dipantau melalui akta dan peruntukan perundangan pihak berwajib yang bertujuan melindungi semua pekerja daripada eksploitasi dan gangguan seksual. Tiada sesiapapun yang terkecuali daripada pemantauan ini. Malangnya setiap akta dan rang undang-undang perlukan penguatkuasaan yang teliti dan berkesan. Tanpanya, akta hanya tinggal akta. Tiada gunanya kita terus mendraf dan meluluskan satu demi satu peraturan, sekiranya asas dalaman dan nilai yang dipegang pada tahap individu tidak diperkasa dan ditingkatkan ke tahap yang paling mulia.

Setiap pekerja hendaklah mempunyai keazaman untuk menonjolkan keperibadiaan yang terbaik dan akhlak terpilih semasa berinteraksi dengan orang lain, khususnya dengan rakan sekerja yang sudah dianggap seperti adik-beradik. Hubungan berlainan jantina tetap perlu dijalani dengan batasan syariah yang menjamin keharmonian hubungan dan penghormatan yang sewajarnya.

4. Elakkan interaksi dan hubungan yang boleh menimbulkan fitnah dan syak wasangka.

Hari ini, ramai yang berani mempertahankan kesilapan yang dilakukan dengan berhujah mengenai hak asasi dan ruang peribadi. Dalam urusan seharian yang memerlukan kita berhubung antara lelaki dan perempuan di tempat kerja, pastikan interaksi tersebut dibina atas dasar hormat-menghormati dan sopan santun.

5.Jangan ambil mudah sembang atau borak kosong di ruang pantri semasa rehat 30 minit sehari, yang mungkin berkesudahan dengan sesi luahan perasaan dan perkongsian jiwa yang boleh berlarutan sehingga memutikkan cinta dan buaian emosi.

6.Elakkan urusan ke luar negara atau outstation yang berhari-hari lamanya, hanya dengan seorang dua rakan sekerja yang berlainan jantina.

7.Jangan sesekali menjaja cerita mengenai rumahtangga sendiri, apatah lagi berkaitan hubungan intim suami isteri.

Nabi SAW bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya orang yang mendapat tempat paling buruk di sisi Allah pada hari kiamat kelak ialah orang yang melakukan hubungan suami isteri kemudian menyebarkan rahsia hubungan itu kepada orang lain." (Riwayat Muslim)

MaryamKhadijah
Loyalty Programme
Become a member
With more ways to unlock exciting perks, this is your all access pass to exclusive rewards and benefits.
Already have an account? Sign in
Points
Earn more Points for different actions, and turn those Points into awesome rewards!
Ways to earn
Sorry, this item is out of stock.
This item has been saved to your wishlist.



View My Wishlist Continue Shopping