Rukun Islam yang terakhir adalah menunaikan haji. Maksudnya adalah berkunjung ke tanah suci untuk melaksanakan amal ibadah sesuai dengan syarat, rukun, dan waktu yang telah ditentukan. Ibadah haji ditentukan kepada setiap muslim yang mampu. Pengertian mampu disini ialah mempunyai bekal/wang yang cukup untuk pergi dan wang/keperluan yang cukup bagi keluarga yang ditinggalkannya. Sama halnya dengan umrah yang dapat dilakukan pada bulan- bulan lain selain bulan Zulhijah.
Setiap ibadah ada rukunnya, jadi apa rukun-rukun haji?Hukum melaksanakan haji adalah wajib bagi setiap muslim yang mampu,sesuai dengan firman Allah dalam Surah Ali Imran Ayat 97 yang bermaksud: “Padanya terdapat tanda-tanda yang nyata (di antaranya) makam Ibrahim, barang siapa memasukinya (Baitullah itu) menjadi amanlah dia. Mengerjakan haji adalah kewajiban manusia terhadap Allah, yaitu (bagi) orang yang sanggup mengadakan perjalanan ke Baitullah. Barang siapa mengingkari (kewajiban haji) maka sesungguhnya Allah Maha kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari semesta alam.” (QS Ali Imran: 97).
Rukun haji sangat penting dalam menunaikan Ibadah Haji. Untuk terlaksananya Ibadah Haji yang baik sebelum berangkat menuju tanah suci, kita harus memahami dan mengetahui ‘Apa Rukun Haji?’.
Antara rukun haji:
1) Niat ihram.
2) Wuquf di padang Arafah.
3) Thawaf.
4) Sa’i.
5) Memotong rambut (tahallul)
6) Tertib
1. Niat Ihram
Niat dalam ibadah merupakan antara perkara penting dari rukun haji. Dalam melakukan haji harus mengucapkan niat. Niat haji sama dengan niat untuk solat. Sebelum melakukan haji biasanya bacaan niatnya adalah sebagai berikut.
"لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ حَجًّا"
Maksudnya: “Aku sambut panggilan-Mu Yaa Allah untuk berhaji”Setelah niat kemudian ihram (memakai pakaian ihram) dan membaca doa Ihram dilanjutkan kalimat talbiyah.
للَّهُمَّ أُحَرِّمُ شَعْرِيْ وَبَشَرِيْ وَجَسَدِيْ وَجَمِيْعَ جَوَارِحِيْ مِنْ كُلِّ شَيْءٍ حَرَّمْتَهُ عَلَى المُحْرِمِ اَبْتَغِيْ بِذَلِكَ وَجْهَكَ الكَرِيْمَ يَا رَبَّ العَالِمِيْنَ
Kewajiban dalam melakukan ihram meliputi ihram dari miqot, jemaah lelaki menggunakan kain panjang untuk untuk menutupi tubuh. Untuk jemaah wanita tidak diperbolehkan menggunakan pakaian yang melihatkan bentuk tubuh dan menggunakan penutup wajah. Diwajibkan untuk bertalbiyah.Bacaan talbiyah yang Rasulullah tuntunkan bagi umat Islam dan terdapat dalam beberapa hadits sahih, sebagai berikut:
لَبَّیكَ الّلهُمَّ لَبَّیكَ، لَبَّیكَ لاشَریكَ لَكَ لَبَّیكَ، إنَّ الْحَمدَ وَ النِّعمَةَ لَكَ وَ الْمُلكَ، لاشَریكَ لَكَ لَبَّیكَ
Maksudnya: “Aku penuhi panggilan-Mu ya Allah, aku penuhi panggilan-Mu ya Allah dan tiada sekutu bagi-Mu. Sesungguhnya segala puji, nikmat, serta kekuasaaan hanya bagi-Mu tanpa sekutu apapun bagi-Mu.”
2.Wukuf di padang Arafah
Rukun haji yang selanjutnya iaitu wukuf di Arafah. Wukuf adalah isi dari proses pelaksanaan ibadah haji, waktu di mana seluruh jemaah haji berkumpul di Padang Arafah untuk beribadah dengan optimal. Waktu wukuf dimulai saat tergelincirnya matahari (masuknya waktu zuhur) pada 9 Dzulhijjah hingga terbitnya fajar di hari berikutnya, iaitu pada 10 Dzulhijjah.
3. Tawaf Ifadhah
Tawaf merupakan rukun haji ketiga yang harus dilakukan setelah berihram dan wukuf di Arafah. Tawaf merupakan amalan berjalan mengelilingi Ka’bah sebanyak tujuh kali pusingan. Tawaf ifadhah dikerjakan setelah para jemaah haji berada di Mina untuk melempar jumrah, kemudian kembali ke Mekkah.
4. Sa’i
Sa’i dalam rukun haji merupakan aktiviti berjalan kaki atau berlari-lari kecil secara bolak-balik sebanyak tujuh kali dari bukit Safa ke Marwah, begitu juga sebaliknya. Namun, bagi jemaah yang sakit atau tidak kuat berjalan, maka dibolehkan untuk melakukan rukun haji ini menggunakan kerusi roda sendiri atau bantuan yang telah disediakan oleh pihak Masjidil Haram. Saat melintasi kawasan antara bukit Safa dan Marwah, para jemaah lelaki disunatkan untuk berlari-lari kecil. Sedangkan, bagi jemaah wanita disunatkan untuk berjalan cepat.
5. Tahallul Setelah melaksanakan Sa’i
Jemaah akan melakukan rukun haji yang selanjutnya, iaitu tahallul. Yang dimaksudkan tahallul iaitu memotong rambut. Untuk lelaki, paling sedikit menggunting tiga helai rambut, sedangkan bagi jemaah wanita cukup menggunting hujung rambutnya, paling sedikit tiga lembar juga. Jika sudah melakukan rukun haji ini, maka segala macam larangan dalam masa ihram sudah dibolehkan atau dihalalkan (tahallul). Setelah ini pun para jamaah dibolehkan untuk mengganti pakaian ihram menjadi pakaian biasa.
6. Tertib
Rukun haji yang terakhir namun tak kalah pentingnya iaitu tertib. Maksudnya, semua rukun haji dan umrah hendaknya dikerjakan secara tertib atau berurutan, seperti yang dijelaskan di atas.