Hi, Guest
Write your review here. Tell us what you thought about it.

OK
SENAMAN MUDAH UNTUK DILAKUKAN DI RUMAH
SENAMAN MUDAH UNTUK DILAKUKAN DI RUMAH

Kebanyakan orang ingat untuk melakukan senaman, kita perlu membuat di tempat yang sesuai dengan peralatan yang sesuai. Sebenarnya, senaman di rumah pun sudah memadai dan tidak perlu senaman yang payah-payah. Jadual seharian yang padat kadang-kadang membuatkan kita tidak sempat melakukan senaman walaupun di rumah. Siang hari yang sibuk dengan kerja, malam pula dipenuhi dengan sesi bersama anak-anak serta membuat kerja-kerja rumah yang lain. Setelah selesai rutin harian, badan pula rasa tidak bertenaga untuk membuat sebarang senaman.Untuk bersenam, anda tidak memerlukan alat-alat bersenam yang canggih seperti dumbel dan sebagainya.

Ini antara senaman di rumah yang mudah dilakukan:

1.Lompat tali

Lompat tali adalah salah satu senaman di rumah yang mampu membakar banyak kalori dalam jangka masa yang singkat. Melompat tali selama 15 minit juga terbukti mempunyai kesan yang sama seperti berlari selama 30 minit. Selain itu, tali skipping turut dapat menambahkan kekuatan kaki, kepantasan, koordinasi dan daya tahan kaki. Bukan itu sahaja, melompat tali juga merupakan senaman di rumah yang baik untuk mengurangkan berat badan di samping mengekalkan badan yang sihat.

2. Push up

Push up adalah sebuah senaman di rumah yang paling asas yang dapat mengaktifkan hampir keseluruhan otot dalam badan.Nak bina otot? Lakukan push up.Nak kempiskan perut? Lakukan push up.Nak betulkan postur badan? Lakukan push up.Begitulah banyaknya kelebihan melakukan push up. Melakukan push up mampu menguatkan hampir keseluruhan otot badanping jack/lompat bintang

3.Lompat bintang

Lompat bintang adalah merupakan antara senaman di rumah yang popular kerana ia sangat mudah untuk dilakukan. Senaman lompat bintang antara senaman yang penting kerana ia mampu meningkatkan daya tahan kardiovaskular pada tubuh badan. Dengan melakukan senaman jumping jack, ia mampu untuk meningkatkan kesihatan jantung. Ia juga bertindak sebagai agen yang mampu mencegah penyakit kardiovaskular seperti diabetes dan obesiti.

4.Jogging/ larian setempat

Jogging juga merupakan salah satu senaman di rumah yang paling mudah. Antara kelebihannya adalah kesihatan jantung yang baik. Dengan setiap larian yang anda lakukan, ia akan melatih jantung untuk bekerja dan membantu pengaliran darah yang baik. Ia juga secara tidak langsung dapat mengurangkan risiko serangan jantung, darah tinggi atau pun strok.

Kesan-kesan Jika Tidak Bersenam

Ramai yang mengetahui tentang kepentingan bersenam. Tapi, berapa ramaikan yang benar-benar meluangkan masa untuk membuat senaman walaupun di rumah? Malahan, ramai yang mencari dan mencipta alasan seperti sibuk dengan tugas harian sehingga tiada masa untuk bersenam. Senaman bukan sahaja ubat yang percuma, malah ia amat berkesan untuk merawat dan mencegah pelbagai penyakit yang boleh menyerang diri.

Kesan-kesannya jika kita tidak melakukan senaman:

1.Mudah diserang penyakit

Aktiviti bersenam berkait rapat dengan ketahanan badan. Menurut pakar kecergasan, jika mahukan daya ketahanan badan meningkat,  seseorang individu tersebut perlu melakukan senaman dengan kerap. Tubuh yang sakit adalah isyarat bagi seseorang untuk lebih aktif secara fizikal. Antara penyakit yang boleh dihidapi adalah seperti penyakit kolesterol, diabetes dan banyak lagi.

2.Kesukaran untuk tidur

Sekiranya anda mengalami kesukaran untuk tidur, ia juga petanda yang badan anda memerlukan senaman. Apabila anda tidak bersenam, tidur yang anda peroleh mungkin tidur yang tidak berkualiti. Oleh itu, mulakan aktiviti bersenam dengan senaman ringan kerana dengan melakukan aktiviti senaman, ia dapat memberikan anda tidur yang berkualiti. Malahan, anda akan mudah untuk tidur dan dapat bangun dengan bertenaga.

3.Mudah keletihan

Individu yang tidak bersenam juga akan mudah berasa keletihan walaupun cukup makan, cukup minum, dan cukup rehatnya. Keadaan ini berlaku apabila badan kita sedang melaparkan pergerakan atau senaman di rumah. Kajian dari sebuah universiti telah mengesyorkan anda harus terlibat dengan latihan untuk tiga kali seminggu sekurang kurangnya 20 minit supaya aktiviti ini dapat meningkatkan lagi tenaga anda sehingga 20 peratus.

4.Rasa lapar

Sekiranya kita tidak bersenam, kita juga akan kerap rasa lapar. Ramai yang menganggap bahawa apabila seseorang individu itu tidak aktif, mereka tidak perlukan tenaga yang banyak sekaligus akan mengurangkan keperluan untuk anda makan tetapi hal yang sebenarnya apabila badan anda kurang bergerak, rasa lapar berlaku dalam situasi tersembunyi.

Maryam Khadijah
Loyalty Programme
Become a member
With more ways to unlock exciting perks, this is your all access pass to exclusive rewards and benefits.
Already have an account? Sign in
Points
Earn more Points for different actions, and turn those Points into awesome rewards!
Ways to earn
Sorry, this item is out of stock.
This item has been saved to your wishlist.



View My Wishlist Continue Shopping