TIPS SUPAYA SENTIASA ISTIQOMAH
5 TIPS SUPAYA ISTIQOMAH BERHIJAB
1. Niat yang ikhlas kerana Allah
Untuk terus kekal berhijab, niat perlulah sentiasa betul. Tanya diri kenapa korang berhijab. Adakah kerana ingin mengikut perintah Allah atau kerana 'trend' semata? Sekiranya anda mengikut trend, betulkan semula niat korang untuk kekal berhijab dan supaya istiqomah dalam memakainya. Niat untuk menjadi seorang muslim dan wanita yang beriman hanya kerana Allah adalah niat yang sepatutnya.
2. Berdoa Kepada Allah Supaya Sentiasa Diberi Kekuatan
Doa merupakan senjata orang mukmin, berdoa menunjukkan bahawa kita ini insan yang lemah, tidak berdaya dan sangat memerlukan bantuan dari-Nya. Ni antara doa yang korang boleh amal dari kisah Mu'az bin Jabal Mu'az bin Jabal RA menceritakan bahawa suatu hari Rasulullah SAW memegang tangannya lalu baginda SAW bersabda : "Wahai Mu'az, demi Allah sesungguhnya aku benar-benar mencintaimu. Demi Allah, aku benar-benar mencintaimu." Lalu baginda bersabda ,
“Aku wasiatkan kepadamu Mu’az, jangan kamu tinggalkan bacaan setiap kali di akhir solat hendaknya kamu berdoa,
اَللَّهُمَّ اَعِنِّي عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ
(Ya Allah, bantulah aku untuk mengingat-Mu, bersyukur kepadaMu, dan beribadah dengan baik kepada-Mu).”
Riwayat Abu Daud
3. Mencari Kawan Yang Suka Akan Kebaikan
Kaedah untuk memantapkan hati untuk terus memakai hijab adalah dengan bergaul dengan orang-orang yang soleh dan menjauhi perkara-perkara yang boleh mendatangkan kemungkaran Allah SWT. Kerana sifat manusia yang senang goyah, anda akan lebih mudah terheret ke lembah dosa sekiranya anda bergaul dengan orang yang suka berbuat dosa. Jadi, bergaullah dengan orang yang boleh membimbing anda ke jalan Allah. Kita cuba singkirkan kawan yang selalu berhibur dan yang boleh mendatangkan perkara-perkara 'lagha' kepada kita. Kita cuba rapatkan diri dengan orang yang selalu buat perkara yang bermanfaat dan ada faedah di samping kebaikan.
4. Mulakan Secara Berperingkat
Ni Kak M nak pesan sangat-sangat. Jangan gelojoh. Tergesa-gesa itu amalan syaitan. Analoginya, andai sekarang berat kita 150kg, jangan gelojoh mahu terus turunkan kepada 50kg. Bahkan Al Quran diturunkan secara berperingkat. Lebih baik turunkan berat badan sedikit demi sedikit secara berperingkat dan tanpa penyakit. Berbanding turun menjunam namun kena harungi 101 penyakit kerana pemakanan yang tidak sihat dan penggunaan produk kuruskan badan yang banyak. Ini analogi sahaja supaya lebih mudah faham.
Daripada Aisyah R.A, Nabi Muhammad SAW bersabda:
“Wahai manusia lakukanlah amalan mengikut keupayaan kamu. Amalan yang paling Allah sukai ialah amalan yang berterusan walaupun sedikit.”
Riwayat al-Bukhari dan Muslim
5. Bersyukur Pada Setiap Proses
Apabila kita masuk syurga, apa yang kita boleh raikan bukanlah tentang matlamat kita dapat masuk syurga. Tetapi proses yang telah kita lalui untuk masuh ke syurga. Seperti kita masuk universiti 3 tahun untuk dapatkan ijazah. Pasti ketika hari graduasi kita, ada 101 perasaan. Antaranya mesti gembira.Gembira kerana telah berjaya tamatkan pelajaran selama 3 tahun itu setelah melalui 101 pengalaman suka dan duka di dunia kampus. Satu kegembiraan yang tak dapat diluahkan dengan kata-kata. Hari graduasi adalah hari kira raikan segala usaha dan penat lelah menamatkan dunia kampus untuk mendapatkan ijazah kita. Sama juga dalam projek istiqomah ini. InshaAllah kita akan lebih jelas tentang perubahan yang kita lakukan. Walau sedikit namun tetap ada penambahbaikan setiap hari. Kan best tengok! Baru bersemangat! Projek Istiqomah ini adalah salah satu cara kita bersyukur kepada Allah dan diri, bahawa kita dapat buat lebih baik pada hari itu berbanding hari sebelumnya. Semoga para pembaca yang Kak M sayang semua dapat manfaat dari apa yang Kak M nukilkan ni. Share on facebook Facebook Share on twitter Twitter Share on whatsapp WhatsApp