7 CARA MUDAH MENUNAIKAN SOLAT PADA AWAL WAKTU
7 CARA MUDAH MENUNAIKAN SOLAT PADA AWAL WAKTU

“Sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya.” (An-Nisa’:103)

Menunaikan solat 5 waktu sehari semalam adalah tuntutan yang fardu ke atas setiap orang yang beragama Islam.

Ditanya Rasulullah s.a.w, apakah amalan yang terbaik, maka baginda menjawab: “Solat di awal waktu.” (Hadis Riwayat At-Tirmidzi)

TIPS SOLAT AWAL WAKTU:

1. Latih Diri Hentikan Kerja Tanpa Alasan

Jika kita sedang sibuk bekerja di pejabat, apabila kita mendengar azan, kita terus hentikan kerja yang sedang dilaksanakan tanpa apa-apa alasan.“Save” segala kerja dan terus tunaikan solat. Jika kita permudahkan untuk solat, Allah akan memudahkan juga urusan seharian kita. Jadikan ia sebagai satu “habit”. Setiap kali terdengar azan, terus hentikan segala kerja. Jika tidak biasa, kita perlu biasakan. Lama-lama ia akan menjadi satu amalan.


2. Waktu Solat Sebagai Panduan Temujanji

Jika kita mahu bertemu dengan pelanggan ataupun prospek, tetapkan masa sebelum ataupun selepas waktu solat. Contohnya jika kita mahu bertemu pada waktu tengah hari, sebaiknya bertemu sebelum pukul 1 petang, ataupun selepas selesai menunaikan solat fardu zuhur. Jadikan waktu solat sebagai panduan kita melakukan sebarang kerja.


3. Tetapkan ‘Reminder’ Waktu Solat

Gunakan perisian ataupun aplikasi ‘reminder’ waktu solat. Pasang aplikasi waktu solat, Al-Quran, zikir dan kompas arah kiblat di telefon pintar anda. Pasang juga perisian “reminder” waktu solat di laptop ataupun sekurang-kurang perisian alarm yang kita boleh set masa-masa tertentu untuk mengingatkan kita yang sedang terleka bekerja. Semua aplikasi ini amat membantu kita yang kadang-kadang terlalu sibuk dalam urusan seharian. 


4. Tampal Peringatan Di Meja Kerja

Tulis ‘peringatan’ dan tampal betul-betul di hadapan meja kerja anda seperti petikan hadis ataupun apa sahaja yang anda mahukan. Apabila ada peringatan sebegitu, kita akan ada sedikit motivasi untuk menyegerakan solat.

5. Berkawan Dengan Mereka Yang Tidak Lewatkan Solat

Berkawan dengan individu yang tidak melengahkan solat. Jika anda seorang usahawan, cari rakan niaga yang tegas dalam bab solat dan agama.Bukan sahaja kita akan solat lebih awal ataupun sebaik masuk waktunya, tetapi kita juga boleh solat berjemaah di pejabat jika tidak dapat ke masjid ataupun surau, ataupun sewaktu berjalan jauh / musafir. Dalam masa yang sama, mereka boleh mengingatkan kita apabila kita dilanda kesibukan.


6. Jadikan Solat Polisi Utama Anda

Letak solat sebagai perkara paling utama dalam segala jua perkara. Niat, azam dan tekad dalam hati. Solat adalah segala-galanya. Selagi anda tidak solat, jangan lakukan perkara lain. Jadikan ia sebagai polisi utama anda. Anda perlu tegas dengan diri sendiri dan tidak boleh terlalu berlembut dengan sesiapa sahaja dalam soal solat.Mereka tidak mahu solat ataupun mahu melengahkan solat, itu pilihan mereka. Anda mempunyai pilihan dan prinsip tersendiri. Apabila kita meletak solat sebagai nombor satu, Allah akan bantu kita mempermudahkan kita untuk menunaikan solat.


7. Solat Berjemaah Di Masjid

Solat berjemaah di masjid. Ya, inilah satu-satunya cara paling efektif untuk solat pada awal waktunya. Sebaik mendengar azan kita terus menuju ke masjid ataupun sebelum azan berkemundang, kita telah bersiap-siap untuk ke masjid ataupun surau. Kita akan mendapat 27 kali ganda pahala apabila solat berjemaah.Apabila berada di masjid, kita tidak ada fikiran lain selain mahu menunaikan solat sahaja dan yang pasti kita akan ikut imam. Kita akan solat dengan lebih tenang dan tidak tergopoh-gapah.Semoga segala tips ini dapat membantu dalam usaha untuk meningkatkan amal ibadah dan memperoleh keredhaan dariNya.

Sumber TZKRH

MaryamKhadijah
Loyalty Programme
Become a member
With more ways to unlock exciting perks, this is your all access pass to exclusive rewards and benefits.
Already have an account? Sign in
Points
Earn more Points for different actions, and turn those Points into awesome rewards!
Ways to earn
Sorry, this item is out of stock.
This item has been saved to your wishlist.



View My Wishlist Continue Shopping