KHASIAT MINYAK KELAPA DARA KEPADA KESIHATAN DAN KECANTIKKAN
KHASIAT MINYAK KELAPA DARA KEPADA KESIHATAN DAN KECANTIKKAN

Sejak zaman dahulu lagi orang-orang di Malaysia sudah lama amalkan menggunakan minyak kelapa dara oleh mereka bagi menjaga kesihatan harian mereka. Walaupun pada zaman dahulu tiada kajian yang dijalankan ke atas pengamalan minyak kelapa dara namun diakui bahawa orang zaman dahulu kurang menghadapi masalah kesihatan seperti zaman sekarang. Seiring dengan masa dan kemajuan teknologi kini banyak kajian saintifik dan perubatan membuktikan Minyak Kelapa Dara baik untuk diamalkan dan mempunyai pelbagai khasiat dan manfaat.

  • Manfaat Minyak Kelapa Dara

1. Membantu mengawal diabetis

Masalah Diabetis adalah disebabkan oleh Rintangan Insulin di mana Insulin di dalam badan seseorang tidak dapat bekerja dengan baik untuk menukarkan gula dalam darah kepada tenaga. Maka gula dalam darah akan meningkat dan mendatangkan pelbagai lagi masalah lain. Kandungan Medium Chain Fatty Acid (MCFA) di dalam Minyak Kelapa Dara dapat meningkatkan keberkesanan Insulin untuk bekerja dengan lebih baik. Juga dengan menggantikan Gula dengan Minyak Kelapa Dara sebagai sumber tenaga dapat membantu mengawal Diabetis secara tidak langsung.

2. Mencegah penyakit jantung, strok dan darah tinggi

Salah satu kandungan utama di dalam Minyak Kelapa Dara adalah High Density Lipoprotein (HDL) yang lebih dikenali sebagai Kolestrol Baik. (HDL) sangat diperlukan oleh badan kerana fungsinya iaitu membantu mencuci saluran darah dari Kolestrol yang melekat pada dindingnya. Dengan mengamalkan Minyak Kelapa Dara, kita dapat memastikan Saluran Darah kita sentiasa bersih dari Kolestrol Jahat yang boleh menyebabkan masalah kesihatan seperti Penyakit Jantung, Strok serta Darah Tinggi.

3. Menjamin kesihatan hati dan hempedu

Hati merupakan salah satu organ dalam badan manusia yang sangat penting kerana ianya melakukan pelbagai jenis kerja termasuklah menghasilkan tenaga dari Gula, me-nyahtoksin, membina Protein serta Hormon, serat menghasilkan hempedu bagi proses penghadaman. Menariknya, bagi memproses MCFA dari Minyak Kelapa Dara, hati tidak perlu menghsilkan hempedu dan ini akan mengurangkan kerja Hati. MCFA yang bersifat anti microbial dapat membantu hati dari diserang oleh bakteria dan kuman berbahaya. Malah ianya dapat membantu mengawal masalah keradangan hati.

4. Membaiki sistem penghadaman dan sembelit

Masalah kesihatan yang berkaitan sistem penghadaman seperti gastrik malah sembelit lazimnya disebabkan jangkitan kuman di dalam usus manusia. MCFA di dalam Minyak Kelapa Dara ini akan membantu membunuh serta mencegah dan secara tidak langsung akan membaiki sistem penghadaman manusia.

5. Mencegah/melambatkan Alzheimer, Parkinson dan Dementia (Nyanyuk)Otak manusia memerlukan tenaga untuk berfungsi dengan baik.

Apabila kita semakin berusia, badan semakin berkurangan mendapat tenaga. Ini termasuklah otak. MCFA yang terdapat di dalam Minyak Kelapa Dara akan diproses untuk menghasilkan “Ketone” dan disalurkan ke Otak sebagai sumber tenaga. Sel Otak yang menerima cukup tenaga yang mencukupi dari “ketone” akan dapat membantu mencegah serta melambatkan masalah yang berkaitan otak seperti Alzheimer, Parkinson serta Dementia (Nyanyuk)

6. Menambahbaik fungsi buah pinggang

Kajian Saintifik yang dijalankan pada 2014 oleh Universiti Okure, Nigeria mendapati Minyak Kelapa Dara dapat membantu menambah baik fungsi Buah Pinggang yang merosot disebabkan oleh masalah Diabetis. MCFA yang diproses di hati tanpa melibatkan gula akan membantu mengurangkan beban buah pinggang. Mengamalkan Minyak Kelapa Dara secara berterusan dapat membantu mencegah penyakit buah pinggang serta hempedu. Malah dengan mengamalkan Minyak Kelapa Dara dapat membantu pesakit batu karang dalam menghancurkan batu karang di dalam buah pinggang.

7. Meningkatkan imuniti badan2 komponen utama di dalam Minyak Kelapa Dara iaitu Asid Laurik dan Asid Caprilik bersifat Anti-Viral. Kedua komponen ini sangat dikenali sebagai ejen yang sangat baik untuk melawan jangkitan kulat (Candida), bakteria jahat serta kuman di dalam dan luar badan.

8. Menguatkan rambut dan akar rambut

Sekali lagi, Asid Laurik dalam bentuk MCFA memainkan peranan dalam menjaga kesihatan rambut anda. Tahukah anda, punca utama kesihatan rambut merosot adalah disebabkan rambut kehilangan protein yang seterusnya mengakibatkan rambut gugur dan rosak. Berdasarkan kajian saintifik, pengkaji mendapati Minyak Kelapa Dara sangat baik dalam membantu mencegah masalah kehilangan protein pada rambut

9. Menjaga kesihatan kulit dan awet muda

Untuk menjaga kesihatan Kulit, anda boleh makan Minyak Kelapa Dara atau juga guna sebagai sapuan. MCFA iaitu Asid Laurik yang terkenal dengan sifat Anti-Keradangan membantu kulit untuk kekal lembap dan anjal. Minyak Kelapa Dara menjadi bahan utama dalam kosmetik premium seperti Make Up Remover dan juga Cleanser yang dapat menjaga kesihatan kulit serta Awet Muda bagi penggunaan jangka panjang.

10. Mengurangkan masalah jangkitan kulit

Minyak Kelapa Dara yang disapu terus pada kulit dapat membantu masalah jangkitan yang disebabkan kuman, bakteria serta virus berbahaya. MCFA yang bersifat Anti-Microbial, Anti-Fungal dan Anti-Viral dapat membantu mencegah serta membunuh kuman berbahaya. Masalah penyakit kulit seperti Ekzema, Gatal-gatal, Jerawat, Kulat Air, Kudis, Kurap dan lain-lain akan dapat dikurangkan dengan sapuan secara langsung Minyak Kelapa Dara.

11. Mengurangkan kesan parut Anti-Oksida di dalam Minyak Kelapa Dara sangat penting dalam melawan Radikal Bebas yang merosakkan kulit. Sebagai ejen Anti-Oksida yang aktif, ianya akan membantu pembinaan Sel Kulit yang baru dan seterusnya akan menggantikan sel kulit yang rosak (Parut).

MaryamKhadijah
Loyalty Programme
Become a member
With more ways to unlock exciting perks, this is your all access pass to exclusive rewards and benefits.
Already have an account? Sign in
Points
Earn more Points for different actions, and turn those Points into awesome rewards!
Ways to earn
Sorry, this item is out of stock.
This item has been saved to your wishlist.



View My Wishlist Continue Shopping